(Olimpik Rio 2016) Joseph Schooling Kini Idola Warga Asia Tenggara

joseph schooling

Kredit foto: josephschooling.strikingly.com

8 tahun yang lalu beliau berjumpa dengan idolanya dan kini beliau telah berjaya mengalahkan idolanya dan seterusnya memenangi pingat emas pertamanya dalam sukan olimpik.

Individu yang dikatakan ini ialah, Joseph Schooling. Joseph Schooling adalah warganegara Singapura dan baru berusia 21 tahun. Pada tahun 2008 semasa berusia 13 tahun, beliau telah bertemu dengan idolanya, Michael Phelps, yang ketika itu sedang melawat Singapura. Kini, Joseph sudah berjaya mengalahkan Michael Phelps di Olimpik Rio 2016.

Dilahirkan pada 16 Jun 1995, Joseph mula hendak menyertai sukan olimpik apabila dia ingin mengikuti jejak langkah datuk saudaranya iaitu Llyod Valberg yang merupakan atlet olimpik pertama Singapura yang menyertai Sukan Olimpik London 1948.

joseph schooling

Kredit foto: www.todayonline.com

Joseph, anak kepada May Schooling dan Colin Shooling, sejak dari kecil telah dilatih oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dari Australia di bawah seliaan Monash University dan Majlis Sukan Singapura. Semasa Sukan SEA 2011, Joseph telah mencatakan masa terbaik iaitu 1 minit 56 saat dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu yang membolehkan beliau layak menyertai Sukan Olimpik London 2012.

Walaubagaimanapun, semasa di London pada tahun 2012, malang menimpa Joseph. Semasa dalam sesi saringan, pada saat-saat akhir, pasukan pegawai olimpik memaklumkan kepada Joseph bahawa goggle dan cap yang beliau gunakan untuk acara renang ini tidak menepati standard olimpik.

Beliau telah berusaha untuk mendapatkan goggle dan cap yang baru untuk menyertai acara ini dan hasilnya tidaklah begitu baik dan beliau tidak layak untuk ke pusingan separuh akhir. Pada ketika ini, Michael Phelps telah datang kepada Joseph dan memberi nasihat kepadanya yang sedang kecewa.

joseph schooling

Kredit foto: www.indianexpress.com

“Anda masih muda dan perjalanan anda masih jauh. Ini adalah pengalaman yang memberi pengajaran kepada anda. Jangan mudah kecewa, bangkitlah dan teruskan melangkah.”

Nasihat yang diberikan oleh Michael Phelps telah memotivasikan Joseph Schooling untuk terus berusaha kuat. Beliau bukan sahaja mahu memenangi pingat emas olimpik, tetapi berazam untuk mengalahkan idolanya ini.

Kini, pada tahun 2016 di Rio de Janeiro, Joseph Schooling akhirnya berjaya mengalahkan Michael Phelps dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu dan seterusnya memenangi pingat emas olimpik pertama Singapura. Malah, apa yang lebih manis ialah, Joseph juga berjaya memecahkan rekod olimpik acara ini dengan catatan masa 50.39 saat. Kemenangan ini juga telah menyebabkan Michael Phelps gagal menyapu bersih pingat emas dalam 5 acara yang disertainya apabila Michael sekadar memenangi pingat perak.

joseph schooling

Kredit foto: www.businessinsider.com

Joseph Schooling telah membuktikan kepada warga Asia Tenggara bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya dalam apa jua yang diceburi walaupun dibayangi oleh pesaing-pesaing yang sangat hebat. Apa yang penting ialah usaha yang berterusan dan tidak mudah putus asa apabila dikecewakan.

Kemenangan Joseph Schooling ini juga pastinya memberi motivasi kepada ramai anak muda di Asia Tenggara ini yang mahu berjaya di sukan olimpik. Dari mana kita berasal tidak penting selagi semangat dalam diri membara, kejayaan pasti dikecapi. Joseph Schooling telah membuktikan segalanya tidak mustahil termasuklah untuk mengalahkan idolanya sendiri. Tahniah Joseph!

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *