Bintang terkenal Brazil dan Barcelona, Neymar, berharap agar Olimpik Rio 2016 akan menjadi medan terakhir untuk menamatkan kemarau emas pasukan bola sepak Brazil.
Neymar yang dilahirkan pada 5 Febuari 1992 memulakan karier profesionalnya di kelab Santos pada tahun 2003 hingga 2013. Oleh kerana memiliki kemahiran mengawal bola dengan baik dan mempunyai kepantasan menggelecek bola serta mampu meledak gol dengan sempurna, Neymar telah dibeli oleh kelab bola sepak terulung di Eropah iaitu Barcelona.
Kredit foto: nwikedinho.sportsblog.com
Di Barcelona, Neymar telah membantu The Catalans ini memenangi beberapa piala seperti Piala Raja-Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah 2015 di samping memenangi gelaran juara La Liga.
Sepanjang beraksi dengan Barcelona dari tahun 2013 kini, Neymar telah menjaringkan sebanyak 85 gol. Jumlah jaringan yang besar dalam masa hanya tiga tahun ini telah menyebabkan Neymar menjadi bintang harapan Brazil untuk memenangi pingat emas di Olimpik Rio.
Neymar memulakan aksi bersama pasukan bola sepak Brazil pada usianya 17 tahun di mana beliau mewakili pasukan bawah 17 tahun Brazil dalam Piala Dunia Bawah 17 tahun. Neymar kemudian dipanggil pertama kali untuk menyertai skuad senior Brazil pada tahun 2010.
kredit foto: www.goal.com
Olimpik London 2012 adalah penyertaan kali pertama Neymar dalam sukan olimpik. Neymar beraksi dengan begitu cemerlang dalam pertandingan ini dan berjaya membawa Brazil hingga ke peringkat akhir dan bertemu Mexico. Walaubagaimanapun, pada tahun ini, Brazil gagal menewaskan Mexico di mana Mexico telah menang 2-1 dan Brazil hanya berpuas hati dengan memenangi pingat perak.
Jadi, untuk Olimpik Rio 2016 ini, Neymar berazam untuk memastikan dia dan pasukannya berjaya menggondol pingat emas olimpik buat kali ini dan yang pasti, apa yang akan membuatkannya gembira ialah apabila pingat emas itu dapat diraih di negara kelahirannya ini.