Obor-Obor ‘Menyerang’ Dan ‘Merosakkan’ Suasana Percutian

Puluhan obor-obor terdampar di tepi pantai North Coast di Mesir selama beberapa hari terakhir. Situasi ini lantas telah merosakkan suasana mereka yang sedang menikmati percutian.

Obor-obor memang bukan sesuatu yang biasanya ditemukan di pantai.

Gambar hiasan: Egypt News

Tapi peristiwa ini menjadi kebiasaan kerana jumlahnya yang cukup banyak muncul di Pantai Utara atau kerap disebut oleh orang Arab dengan “Sahel”.

‘Serangan’ obor-obor ini langsung menghiasi pelbagai media sosial. Terlihat makhluk laut itu bertebaran di tepian pantai.

Gambar hiasan: Egypt News

Bahkan, beberapa orang telah pun dilaporkan disakiti olehnya. Banyak orang memilih untuk tidak berenang agar terhindar dari sengatan.

Pihak berwajib di Mesir mengatakan bahawa jenis obor-obor yang muncul di pantai utara negara itu disebut ‘Rhopilema nomadica’ atau obor-obor pengembara.

Gambar hiasan: Egypt News

Beberapa orang mendakwa bahawa perluasan Terusan Suez baru-baru ini dapat menyebabkan dalam perubahan keadaan ekosistem Laut Tengah dan Lautan India.

Memetik sebuah laporan oleh The Guardian pada tahun 2014, cabang terusan terbaru akan memungkinkan spesies dari Laut Merah memasuki Laut Tengah, yang berpotensi berbahaya pada wilayah tersebut secara keseluruhan.

Baca lagi: Manusia Raksasa Ditemukan Di Makam Berusia 5.000 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *