Nokia 3310 ‘Dilahirkan’ Kembali

Masihkah anda ingat dengan Nokia 3310? Nokia 3310 adalah sebuah keluaran Nokia yang sering diperkatakan.

Di zaman teknologi serba canggih ini, dengan lambakan telefon pintar di pasaran, sesetengah dari golongan masyarakat masih berminat untuk mendapatkan Nokia 3310. Di sebalik kelebihan telefon pintar, terdapat banyak sisi kekurangan yang dihadapi pengguna telefon pintar. Bateri telefon pintar yang tidak tahan lama adalah salah satu masalah yang sering dihadapi para pengguna. Lantaran itu, pengguna telefon pintar masih mahu mendapatkan Nokia 3310 bagi menampung segala kekurangan generasi telefon pintar ini.

 

Antara faktor penarik Nokia 3310 adalah reka bentuknya yang kecil dan tahan lasak serta kelebihan pada baterinya yang tahan lama. Ini berbeza dengan telefon pintar yang ada di pasaran. Nokia 3310 inilah yang telah membawa syarikat Nokia terkenal ke seluruh pasaran antarabangsa. Dilancarkan pada tahun 2000, sehingga kini Nokia 3310 masih lagi dicari ramai.

 

Kredit : Static Independent

Bagi peminat Nokia 3310, ini adalah berita gembira bagi anda! Khabarnya Nokia 3310 akan kembali dilahirkan dengan versi yang lebih moden dengan pelbagai peningkatan dari segi spesifikasinya. Pelbagai warna akan diperkenalkan. Jadi, para pelanggan mempunyai banyak pilihan untuk dibuat. Menarik, bukan?

Buat pengetahuan semua, menurut Nokia, spesifikasi yang berbeza pada keluaran semula Nokia 3310 ini adalah dari segi sistem operasinya. Keluaran terbaru Nokia 3310 akan menggunakan sistem operasi Windows 8 dengan beberapa modifikasi yang baru. Nokia 3310 keluaran baharu ini dilengkapi dengan prosesor Dual-Core. Disertakan dengan memori bersama sokongan RAM 2GB serta media penyimpanan data internal sebesar 32 GB dengan slot MicroSD. Modifikasi ini dibuat untuk berjalan seiringan dengan arus teknologi yang semakin berkembang.

Kredit : Tekno Kompas

Dengan beberapa kelainan ini, pun begitu, Nokia masih berniat untuk mengekalkan nama Nokia 3310, sama  seperti keluaran dahulu.  Tidak ketinggalan juga kesemua permainan yang ada dalam Nokia 3310 juga masih lagi dikekalkan dalam keluaran yang terbaru ini. Siapa tidak kenal dengan permainan klasik dalam Nokia 3310? ‘Snake’, ‘Space Impact’, ‘Bantumi’ adalah antara ‘game’ klasik yang digemari bagi pengguna Nokia 3310. Kesemua ‘game’ ini masih dikekalkan.

Kelahiran semula Nokia 3310 ini dilancarkan semasa Mobile World Congress 2017 akan datang. Adakah anda tak sabar dalam menanti ‘kelahiran’ kembali Nokia 3310 ini? Sama-sama kita nantikan!

Baca lagi : 10 Panduan Mengelak Dari Jenayah Rogol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *