Nokia 150 Dengan Bateri Bertahan Sehingga Hampir Sebulan Kini Di Malaysia – Berharga RM159

HMD Global telah sedia melesenkan jenama Nokia untuk penggunaan pada telefon bimbit dan pintar, dan telah memperkenalkan Nokia 150 dan Nokia 6 sebelum ini. Kini, peranti pertama mereka, iaitu Nokia 150 telah pun memasuki pasaran tempatan dan sudah boleh didapati daripada para pengedar tempatan seluruh negara.

Nokia 150 merupakan sebuah telefon bimbit yang hadir dengan skrin berwarna bersaiz 2.4-inci dan papan kekunci bernombor. Melaluinya, pengguna boleh melakukan pelbagai tugasan asas – dan dengan penyertaan bateri yang mampu bertahan sehingga hampir sebulan, peranti ini merupakan salah satu peranti yang boleh menjadi telefon kedua anda, terutamanya sekiranya anda bertugas di luar sepanjang hari.

Nokia 150 ini turut menyertakan sokongan radio FM, pemain MP3, dan kamera VGA dengan sokongan lampu LED. Di Malaysia, ia ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih, serta dijual pada harga RM159.

Sumber: Amanz

BACA: Telefon Pintar Nokia Bakal Berada Di Pasaran 2017, Guna Aplikasi Android

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *