Nintendo Buat Hal Lagi. Perkenalkan NES Classic Edition Untuk Kanak-kanak 80an.

Beberapa hari lepas, baru sahaja kami di Mensive menceritakan tentang produk terbaru keluaran Nintendo iaitu Nintendo ‘Switch’. Nintendo ‘Switch’ adalah konsol permainan video terbaru yang menampilkan ciri-ciri yang lebih futuristik yang sesuai dengan zaman teknologi masa kini.

Tetapi, Nintendo kini bukan sahaja memfokuskan kepada pengeluaran produk yang mempunyai ciri-ciri masa hadapan malah Nintendo turut mengeluarkan produk dengan citarasa retro.

NES Classic Edition

Kredit foto: Polygon

Perkenalkan, konsol permainan video terbaru Nintendo iaitu ‘NES Classic Edition’. NES Classic Edition adalah sejenis konsol yang dihasilkan berdasarkan NES pertama keluaran Nintendo pada tahun 1983.

Penghasilan NES Classic Edition ini pastinya akan mengembalikan nostalgia kepada mereka yang pernah bermain menggunakan konsol ini suatu ketika dahulu.

Apa yang menarik pada NES yang terbaru ini ialah, konsol ini bersaiz kecil dan muat untuk diletakkan di atas tapak tangan anda. Malah, menurut Shacknews, konsol terbaru Nintendo ini mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Ipad Mini.

Baca lagi: 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu Tentang Nintendo Switch

ads-pomade_updated

Kredit foto: Shacknews

Kredit foto: Shacknews

Rupa bentuk NES Classic Edition pula adalah sama sahaja dengan NES yang pernah dikeluarkan pada tahun 1983 dahulu. Cuma bezanya ialah, di bahagian belakang, terdapat port untuk HDMI untuk suara dan juga video serta port micro-usb untuk sumber kuasa.

Pada bahagian depan pula terdapat dua port untuk menyambungkan dua controller dan dua butang iaitu butang power dan reset. NES Classic Edition juga tidak mempunyai slot untuk mengisi katrij permainan video kerana konsol ini di bina dengan built-in games.

Kredit foto: Polygon

Kredit foto: Polygon

Terdapat 30 permainan yang boleh dimainkan menggunakan konsol ini. NES Classic Edition juga menampilkan controller yang sama sahaja dengan NES 1983. Ada butang arah, butang A dan B serta butang start dan select. Selain itu, controller ini juga boleh digunakan di konsol Wii dan juga Wii U.

Konsol ini juga memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik semasa sedang bermain permainan video ini. Untuk kualiti gambar yang cantik dan jelas, pengguna boleh menggunakan mod ‘Pixel Perfect’. Tetapi, jika pengguna mahu merasai gambar era 80an, maka boleh gunakan mod ‘CRT Filter’.

Kredit foto: Polygon dan Shacknews

Kredit foto: Polygon dan Shacknews

NES Classic Edition akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 10 November 2016. Untuk di Malaysia, kami masih tidak mengetahui tarikh jualannya. Konsol ini akan dijual pada harga bermula dengan RM249.

Jadi, sekiranya anda mahu merasai semula zaman kegemilangan semasa kanak-kanak dahulu, mungkin anda patut miliki NES Classic Edition ini. Bolehlah ‘test power’ semula untuk melihat sama ada anda masih ada skil untuk bermain permainan video versi lama yang diberi nafas baru ini.

Sumber: Shacknews dan Polygon

Baca lagi: 5 Perkara Yang Sering Dilakukan Semasa Bermain Micro Genius

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *