4 Sebab Mengapa Ninja Warrior Adalah Sukan Sebenar

Sebelum dikenali sebagai Ninja Warrior, nama asalnya ialah ‘Sasuke’ dan ia mula ditayangkan di Jepun pada tahun 1997. Lokasi penggambaran ini dibuat di Yokohama dan dalam pertandingan Ninja Warrior ini semua peserta mempunyai satu matlamat yang sama iaitu menawan Gunung Midoriyama; sebuah menara setinggi 75 kaki yang perlu dipanjat menggunakan tali untuk sampai ke puncaknya dalam masa 30 saat.

Kredit foto: tvimpulse.com

Pada tahun 2009, pertandingan ini mula ditayangkan di Amerika Syarikat buat pertama kalinya dan diberi nama ‘American Ninja Warrior’. Pertandingan ini diadaptasi daripada rancangan Sasuke dan mempunyai halangan-halangan yang sama.

Daripada pertandingan ini, apa yang dapat dilihat ialah pelbagai jenis peserta yang menyertai pertandingan ini. Ada yang mempunyai susuk tubuh badan yang menarik, ada yang memiliki badan yang biasa-biasa sahaja malah ada juga yang kurang upaya!

Di sebalik kewujudan pertandingan ini, terbit satu soalan sama ada pertandingan Ninja Warrior ini adalah satu sukan ataupun tidak. Kami di Mensive mengatakan bahawa pertandingan ini adalah sebuah sukan dan kami senaraikan 4 sebab mengapa Ninja Warrior adalah sukan sebenar.

1. Semua anggota badan perlu kuat

Kredit foto: www.nbc.com

Di dalam pertandingan Ninja Warrior ini, setiap peserta perlu memastikan mereka memiliki kekuatan yang seimbang pada setiap anggota badan mereka. Mereka perlu kuat pada bahagian atas badan mahupun di bawah. Kegagalan memiliki kekuatan yang seimbang akan menyebabkan peserta akan kecundang. Tidak guna berbadan ‘sado’ jika anda tidak memiliki daya lompatan yang kuat.

2. Memerlukan kekuatan mental

Kredit foto: www.usamagazine.com

Sepertimana sukan-sukan yang lain seperti bola sepak, futsal ataupun badminton yang memerlukan kekuatan mental, setiap peserta Ninja Warior juga perlu memiliki kekuatan mental yang baik. Contohnya apabila melalui halangan globe grasps, peserta bukan saja memerlukan kekuatan genggaman yang baik, tapi peserta juga memerlukan kekuatan mental yang baik supaya dia dapat menahan kesakitan semasa menggenggam globe grasps tersebut agar dapat terus bergayut menuju ke garisan penamat.

3. Sumber inspirasi

Kredit foto: www.youtube.com

Sepertimana semangat tidak putus asa yang ditunjukkan oleh pasukan Liverpool apabila berjaya mengejar semula AC Milan walaupun ketinggalan 3-0 sehingga berjaya merangkul Piala Liga Juara-Juara Eropah 2004/2005, begitu juga semangat yang ditunjukkan oleh para peserta dalam Ninja Warrior. Walaupun kecundang dek kerana gagal melepasi halangan, para peserta ini akan kembali semula untuk mencuba sekali lagi. Malah ada yang dah cuba 5 – 6 kali dan gagal tetapi masih tidak berputus asa untuk cuba lagi hingga berjaya.

4. Macam-macam ada

Kredit foto: movietvtechgeeks.com

Dalam Ninja Warrior, anda boleh lihat terdapat pelbagai atlet yang menyertai program ini. Ada atlet mixed martial art, ada atlet parkour, ada atlet gimnastik, ada atlet wall climbing, ada pemain american football dan macam-macam lagi. Ini menunjukkan bahawa Ninja Warrior boleh menjadi medan sukan untuk menguji kehebatan para atlet yang berada pada jenis sukan yang berbeza.

Melalui 4 sebab mengapa ninja warrior adalah sukan sebenar, kami menyokong penuh andainya ia dapat dijadikan acara sukan yang melibatkan atlet seluruh dunia dan menjadi sebuah sukan rasmi yang diiktiraf oleh persatuan-persatuan sukan di seluruh dunia. Semoga harapan ini akan menjadi kenyataan.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *