Netizen Rayakan 20 Tahun Harry Potter

Novel debut J.K Rowling berjudul Harry Potter and the Philosopher’s Stone dilancarkan pada 26 Jun 1997. Itu bererti, tepat pada Isnin (26/6/2017) kelmarin, tokoh tersebut merayakan hari lahirnya yang ke-20 tahun.

Novel yang telah pun berjaya digarap menjadi filem serta mencetuskan fenomena yang menaikkan nama-nama bintang seperti Emma Watson dan Daniel Radcliffe meraikan ulang tahun ke 20 pada Isnin itu.

Gambar hiasan: Nerdist

“20 tahun lalu, sebuah dunia yang selalu kumiliki, terbuka untuk semua orang. Ini sangat menakjubkan. Terima kasih,” menurut J.K Rowling melalui akaun Twitter rasminya.

Perayaan hari jadi Harry Potter juga turut dirayakan netizen dengan hashtag #harrypotter20. Banyak netizen yang berharap agar cerita penyihir dapat terus dilanjutkan.

Gambar hiasan: Nerdist

“Hogwarts akan selalu ada di sini untuk menyambutmu,” cuit @PatrickADougall.

“Aku selalu membaca Harry Potter semenjak kelas 5, dan tidak pernah berhenti membaca sejak itu. Terima kasih kerana telah mengubah hidupku,” cuit @RNoshin.

“Selamat ulang tahun Harry Potter. Kamu mengajarkan generasi muda untuk mengejar kereta!” cuit @StephenAtHome.

Gambar hiasan: Nerdist

Tak hanya di Twitter, malah para netizen di Facebook juga turut merayakan saat yang bersejarah ini. Misalnya, Mark Zuckerberg, yang ikut turut serta untuk memberikan ucapan selamat.

“Selamat ulang tahun Harry Potter. Aku harap kamu dapat menemukan keajaiban kecil hari ini,” tulis Mark.

Baca lagi: 5 Lagu Raya Moden Dari Siti Nurhaliza Yang Tidak Jemu Diulang Dengar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *