Namewee nyanyi lagu Melayu ceritakan pengalaman lokap

27189833

TODAYonline

Tidak habis dengan isu menghina Islam di dalam setiap musik video yang diterbitkannya yang terbaru Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee mengeluarkan sebuah lagu yang menceritakan pengalaman dirinya berada di dalam lokap.

“I masuk lokap, kena tahan, I kena reman sampai 5 malam.

“Masuk lokap, kena tangkap, bukanlah salah tapi salah faham,” antara seni kata lagu yang sudah ditontoni hampir 300,000 kali di YouTube dalam tempoh 3 hari.

Kini, video tersebut berada di carta antara 10 video yang paling popular di Youtube.

ads-mens-grooming

Apa yang lebih menyedihkan lagi video klip itu menujukkan 4 orang lelaki yang menyanyi di hadapan masjid di dalam bahasa mandarin. Video itu sehingga kini mendapat kritikan hebat dari penduduk Islam di negara ini yang rata-rata mengatakan Namewee ini seorang yang menghina Islam.

Di dalam video klip itu juga dia menceritakan pengalaman dirinya yang diletakkan bersama banduan yang berasal dari Myanmar dan memberitahu keadaan orang Myanmar yang memerlukan rawatan doktor.

Antara lain, dia didakwa dipaksa berbogel.

“Seperti tiada maruah sahaja di sana,” ujarnya.

Polis sebelum ini menolak dakwaan melayan Namewee sebegitu dan memberitahu dia dilayan dengan baik sepanjang tahanan.

Sumber: Free Malaysia Today

BACA: Auntie Anne’s Pretzel Dog Kini Secara Rasmi Tukar Ke Pretzel Sausage

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.