Nama Watak-watak Dalam Dragon Ball Berasal Daripada Nama Makanan

Bagi peminat-peminat komik di Malaysia, pastinya semua orang tahu dengan komik yang cukup popular ini, Dragon Ball. Komik ini dihasilkan oleh pelukis Jepun iaitu Akira Toriyama pada tahun 1984. Namun begitu, komik ini mula masuk ke Malaysia pada pertengahan tahun 90an.

Pastinya, ramai peminat komik ini dapat mengenalpasti dengan mudah setiap watak yang ada dalam komik ini. Ini kerana, Akira Toriyama telah memberi nama yang mudah dan senang untuk diingati. Selain itu, tahukah anda bahawa kebanyakan nama yang diberikan oleh Akira Toriyama ini berasal daripada nama makanan?

Mungkin disebabkan itulah kita mudah untuk mengingati nama-nama watak yang ada dalam komik Dragon Ball ini. Nak tahu watak yang mana namanya berasal daripada nama makanan? Jom kita tengok senarai di bawah.

dragon ball

Kredit foto: xenoversemods.com

Son Goku/ Kakarot

Watak utama dan juga hero dalam komik ini. Boleh dikatakan dalam setiap perlawanan yang ada dalam cerita Dragon Ball, Goku adalah penyelamat bumi yang diharapkan. Di bumi, namanya ialah Son Goku. Akira mendapat nama ini daripada watak Sun Wukong dalam cerita ‘Journey to The West’. Kakarot pula adalah nama Son Goku dari planet Saiya. Akira memberi nama ini sempena nama lobak dalam bahasa inggeris iaitu ‘Carrot’.

dragon ball

Kredit foto: dragonball-zeron.wikia.com

Vegeta

Seteru utama Son Goku/ Kakarot. Dalam komik Dragon Ball ini, Vegeta seringkali tidak berpuas hati dengan Goku kerana kuasa Goku sentiasa mengatasi kuasanya walaupun dia sudah puas berusaha berlatih. Akira mendapat nama Vegeta sempena perkataan sayur-sayuran dalam Bahasa Inggeris, ‘Vegetables’.

dragon ball

Kredit foto: twitter.com

Son Gohan

Son Gohan adalah anak kepada Son Goku hasil perkahwinannya dengan Chi Chi. Chi Chi tidak mahu Gohan menjadi seperti Goku yang suka berlawan, tetapi mahu Gohan menjadi seorang pendita. Gohan menjadi hero semasa mengalahkan Cell, tetapi Goku terpaksa mengorbankan nyawanya dalam perlawanan itu. Nama Gohan diperolehi sempena nama ‘nasi’ dalam Bahasa Jepun.

dragon ball

Kredit foto: comicvine.gamespot.com

Yamcha

Jika dalam komik Bahasa Melayu di Malaysia, Yamcha dikenali dengan nama Yamu. Yamcha adalah antara kawan terawal Son Goku. Nama Yamcha ini adalah satu terma dalam Bahasa Kantonis yang bermaksud, ‘keluar untuk makan dim sum’.

Baca lagi: Tak Pernah Tahu Sejarah Game Contra? Sila Baca Ini

ads-mens-grooming

dragon ball

Kredit foto: ultradragonball.wikia.com

Krillin

Mungkin peminat komik Dragon Ball kurang biasa dengan nama ini kerana dalam komik di Malaysia namanya ialah Kurin. Krillin adalah kawan baik Goku sejak dari kecil lagi. Mendapat latihan daripada tok guru yang sama iaitu Datuk Kame. Akira memberi nama Krillin di mana ia dipecahkan kepada dua iaitu ‘Kril’ membawa maksud buah berangan di mana ia melambangkan kepala Krillin yang licin, bulat dan tidak berambut. Manakal ‘Lin’ pula di ambil daripada perkataan ‘Shaolin’.

dragon ball

Kredit foto: dragonball.wikia.com

Tien Shin Han

Tien Shin Han adalah musuh utama Yamcha pada awal cerita Dragon Ball. Watak ini juga adalah musuh terkuat awal Son Goku sebelum menjadi kawan. Nama asal Tien Shin Han ini berasal daripada terma Bahasa Cina iaitu ‘tien chun fan’ yang membawa maksud ‘nasi goreng’.

dragon ball

Kredit foto: comicvine.gamespot.com

Ginyu Force/ Skuad Genius

Sebuah pasukan genius yang terdiri daripada enam orang di mana setiap seorang daripada mereka mempunyai kuasa dan kemahiran yang berbeza. Pasukan ini adalah pasukan yang hebat dan kuat di bawah pimpinan Frieza. Nama Ginyu Force ini diperolehi daripada nama produk tenusu.

Inilah dia antara nama-nama makanan yang telah digunakan oleh Akira Toriyama untuk diberikan kepada setiap watak-watak rekaannya. Patutlah kita dapat mengingatinya dengan mudah kerana setiap nama ini wujud di sekeliling kita.

Akira juga telah membuat kerja mudah di mana beliau tidak perlu memikirkan nama-nama yang sukar. Ambil saja nama yang ada disekeliling dan perlu dipadankan sahaja dengan watak yang direka.

Jika anda rasa ada lagi nama-nama watak dalam komik Dragon Ball ini yang sama macam nama makanan, jangan segan-segan untuk beritahu kami dalam ruangan komen yang disediakan di bawah ya.

Sumber: Dragonball Wikia

Baca lagi: 5 Drama Jepun Yang Pernah Digilai Suatu Ketika Dahulu

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *