Nak Belajar Sampai Lewat Malam? Mungkin Anda Perlu Baca Dahulu Kisah 5 Hantu Hostel Ini

Pada hari ini, maka bermulalah perjuangan pelajar-pelajar tingkatan 5 menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016. Kami di Mensive ingin sekali mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat menempuh peperiksaan kalian dengan tenang serta dipermudahkan segala urusan untuk menjawab soalan peperiksaan.

Namun begitu, artikel kali ini sebenarnya berkait rapat dengan gaya hidup seorang pelajar, terutama sekali mereka yang tinggal di hostel. Tidak kiralah sama ada di hostel sekolah, ataupun kolej, ataupun universiti, peristiwa ini pasti akan berlaku di hostel.

Peristiwa apa? Peristiwa gangguan makhluk halus ataupun kata mudahnya, hantu. Jadi di sini, kami telah senaraikan 5 hantu hostel yang popular yang kerapkali muncul di hostel-hostel di Malaysia. Jom kita lihat satu per satu.

Kredit foto: Alam Cyber 2020

Kredit foto: Alam Cyber 2020

#1. Hantu Askar Jepun

Hantu askar Jepun adalah hantu yang popular sekali terutama di sekolah-sekolah yang sudah wujud sebelum zaman kemerdekaan lagi. Ini kerana, sekolah-sekolah ini telah digunakan oleh tentera-tentera Jepun sebagai markas gerakan mereka.

Hantu askar Jepun ini biasanya akan muncul secara berkawad di mana kita boleh mendengar hentakan kaki mereka. Jika ternampak, biasanya hantu askar Jepun ini tidak berkepala. Malah, jika ‘bernasib baik’, anda boleh nampak hantu askar Jepun sedang menjalani upacara memenggal kepala. Pergh!

Baca lagi: 5 Lagu Dari Indonesia Yang Berhantu

ads-beard-oil-with-azrel

hantu-2

#2. Hantu Mak Cik Karipap

Hantu jenis ini pula biasanya akan mendatangi para pelajar yang sedang belajar hingga larut malam. Hantu mak cik karipap akan datang ke bilik-bilik yang berada di aras atas, contohnya di tingkat 1, 2, 3 dan seterusnya.

Hantu ini biasanya akan muncul di tepi tingkap di mana ia akan mengetuk tingkap sambil bertanya, “Dik, nak karipap ke dik?”. Kebiasaannya, pada awalnya mangsa tidak akan menyedari mereka diganggu, sehinggalah mereka terfikir bagaimana seorang ‘mak cik’ boleh menjual karipap sedangkan di luar tingkap tiada koridor untuk berjalan? Hmm…

Kredit foto: Detik Dua Belas

Kredit foto: Detik Dua Belas

#3. ‘Orang Sebelah’

Hantu ‘Orang Sebelah’ juga biasanya suka mengganggu pelajar-pelajar yang suka tidur lewat. Hantu jenis ini akan mengetuk pintu bilik mangsanya dan bila mangsa bertanya siapa yang mengetuk, hantu ini akan menjawab, “Orang sebelah.”

Bila mangsa membuka pintu, apa yang akan dilihat adalah ‘orang’ yang hanya ada sebelah badannya sahaja.

ads-pomade_updated

Kredit foto: Youtube

Kredit foto: Youtube

#4. Hantu Loker

Hantu loker pula biasanya suka mengganggu orang-orang yang susah hendak tidur. Di saat semua rakan sebilik sudah tidur, hantu ini akan mencari mangsanya yang belum tidur lagi. Ia akan bertenggek di atas loker dan bila menyedari mangsanya belum tidur, ia akan menyanyi, “Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga… tak tidur lagi?”.

Kredit foto: Kaskus

Kredit foto: Kaskus

#5. Hantu Jamban

Kami tidak mengetahui nama selain daripada hantu jamban ini. Namun begitu, apa yang penting, hantu inilah yang akan merencatkan niat seseorang untuk ke tandas apabila lewat malam.

Menurut cerita, apabila seseorang menggunakan jamban, hantu ini akan datang bertenggek di atas tangki pam jambang. Hantu ini memiliki rambut yang agak panjang. Apabila mangsa ingin menarik tali pam, hantu ini akan menghulurkan rambutnya, jadi, mangsanya akan menarik rambutnya dan beginilah cara ia menakutkan mangsa-mangsanya.

Walaubagaimanapun, apa yang kami kongsikan ini hanyalah sekadar pengalaman sahaja. Yang perlu kita semua takuti hanyalah Allah Yang Maha Esa. Hantu-hantu ini juga sebenarnya adalah makhluk Allah iaitu syaitan yang tujuannya hanya mahu menakut-nakutkan kita.

Oh ye, anda pula bagaimana? Adakah anda juga pernah berdepan dengan hantu-hantu yang mungkin berbeza dengan 5 hantu hostel yang kami senaraikan ini? Jika ada, sila tinggalkan komen anda di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Band Yang Pernah Merwarnai Scene Muzik Underground Malaysia Era 90an

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *