Model Jelita Ini Beri 10 Sebab Mengapa Menunggang Motosikal Itu ‘Power’

menunggang motosikal

Kredit foto: marisamiller.com

Untuk artikel kali ini, kami di Mensive ingin berkongsi dengan anda satu perkara yang cukup menarik. Ia berkaitan dengan motosikal dan juga wanita. Mohon bersedia ye wahai pemilik-pemilik motosikal, sudah tiba masa untuk berbangga dengan motosikal yang anda miliki.

Pendapat dan pandangan yang bakal diberikan dalam artikel ini telah disampaikan oleh seorang model pakaian wanita jenama terkenal iaitu Victoria Secret. Model pakaian wanita yang cantik dan jelita ini bernama Marisa Miller (gambar atas).

Beliau telah berkongsi di dalam website Askmen.com 10 sebab mengapa seorang lelaki perlu menunggang motosikal. Secara amnya, Marisa mengatakan bahawa dengan menunggang motosikal menjadikan seorang lelaki itu lelaki yang lebih baik selain daripada menambah kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat 10 sebab yang dikongsikan oleh Marisa Miller tentang mengapa lelaki perlu menunggang motosikal.

menunggang motosikal

Kredit foto: lakesideguy.com

#10. Wanita Sukakan Lelaki Lasak

Marisa mengatakan bahawa dengan menunggang motosikal, seseorang lelaki itu akan kelihatan lasak dan juga macho. Pada pandangan mata seorang wanita, ia kelihatan seksi dan mampu membuat mereka tergoda.

menunggang motosikal

Kredit foto: youmustbetrippin.com

#9. Lebih Bergaya

Bagi Marisa, penunggang motosikal yang mengenakan jaket kulit akan kelihatan lebih bergaya. Selain daripada menjadi pelindung ketika menunggang motosikal, jaket kulit ini juga berfungsi sebagai aksesori tambahan.

menunggang motosikal

Kredit foto: harleydavidsondatingsite.com

#8. Pengembaraan Yang Lebih Seksi

Sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin, dapat merasai semula zaman muda remaja dengan menunggang motosikal. Sepertimana mereka semasa muda yang sering ke sana ke mari tanpa hala tuju, boleh dilakukan semula selepas sekian lama tidak melakukannya. Ini dapat memberikan semula kehangatan dalam berumah tangga.

menunggang motosikal

Kredit foto: bodyarmornews.com

#7. Cara Terbaik Untuk Mengenali Lebih Ramai Orang

Marisa sendiri adalah seorang penunggang motosikal. Bagi beliau, dengan menunggang motosikal, beliau dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan ada antara mereka ialah orang yang hebat dalam bidang masing-masing. Ini membantu dalam menambah networking yang suatu masa nanti boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri.

menunggang motosikal

Kredit foto: harley-davidson.com

#6. Kereta Seperti Penjara, Motosikal Lambang Kebebasan

Sudah sekian lama Marisa berada dalam dunia kereta. Apabila beliau mencuba menunggang motosikal, Marisa berasa sangat bebas. Beliau merasakan dirinya dapat bersatu dengan alam sekitar apabila menunggang motosikal. Beliau rasa lebih bebas dan dapat melihat sesuatu pada sudut yang berbeza.

menunggang motosikal

Kredit foto: americanbikertalkradio.com

#5. Motosikal Membantu Kelihatan Muda

Ayah Marisa semasa zaman mudanya adalah seorang penunggang motosikal. Namun begitu, beliau sudah lama tidak menunggang. Apabila Marisa sendiri sudah menjadi penunggang motosikal, beliau berjaya memujuk ayahnya untuk kembali menunggang. Kini ayahnya menjadi individu yang lebih baik, suka bersosial, semakin banyak kenalan, dapat kurangkan berat badan dan yang penting, ayah Marisa kelihatan awet muda.

menunggang motosikal

Kredit foto: youtube.com

#4. Adrenalin Mengalir Laju

Menunggang motosikal menyebabkan adrenalin dalam badan seseorang penunggang itu menjadi lebih laju. Ada banyak sebab yang menyebabkan adrenalin bertambah laju. Kadangkala ia terjadi kerana risiko-risiko yang wujud ketika menunggang. Tetapi bagi Marisa, bunyi ekzos motornya sahaja pun boleh buat jantung berdegup kencang dan adrenalin mengalir laju.

menunggang motosikal

Kredit foto: nwhog.wordpress.com

#3. ‘Motorcylce Burnout’ Buat Anda Kelihatan Cool

Marisa mengatakan tidak lengkap jika menunggang motosikal tanpa melakukan ‘motorcylce burnout’. ‘Motorcycle burnout’ adalah satu aksi di mana anda menekan brek tayar depan, kemudian anda masuk gear dan mula memulas throttle sehingga tayar belakang anda berpusing dan mula menghasilkan asap. Lebih lama anda membuat begitu, lebih banyak asap dihasilkan dan ia akan membuatkan anda kelihatan cool.

menunggang motosikal

Kredit foto: tour1.co.uk

#2. Dapat Mendekati Alam Sekitar

Dengan menunggang motosikal, Marisa mengatakan bahawa anda akan berasa lebih dekat dengan alam sekitar. Tambahan pula jika anda menunggang motosikal di kawasan yang belum banyak pembangunan. Anda juga dapat menghirup udara yang lebih segar dan nyaman dengan menunggang motosikal.

menunggang motosikal

Kredit foto: coolcarsandbikes.com

#1. Mendidik Menjadi Real Person

Bagi Marisa, semenjak beliau menunggang motosikal, ia telah membantu mendidik beliau menjadi manusia yang rendah diri dan menghormati orang lain. Selain itu, ia juga membantu menjadikan Marisa manusia yang tidak mudah lupa diri dan ingat tentang asal-usulnya supaya beliau tidak menjadi insan yang sombong.

Itulah dia 10 sebab mengapa menunggang motosikal boleh menjadikan anda lelaki yang lebih baik dan yang lebih menarik tip-tip ini diberikan oleh seorang wanita. Jadi, bolehlah anda gunakan poin-poin ini untuk ditunjukkan kepada isteri anda mengapa anda menggemari motosikal.

Selain itu, kami berharap dengan perkongsian artikel ini dapat membantu menambah kebahagian rumah tangga anda bersama pasangan masing-masing. Jangan sangka menunggang motosikal hanya mengundang bahaya, tetapi ia juga mampu memberi impak positif yang lain.

Jika anda ada cadangan dan pandangan tentang perkara ini, apa kata anda kongsikan ia di ruangan komen. Kami sangat berminat untuk mengetahui apa yang terbuku dalam isi hati anda. Jangan malu dan segan ye untuk tinggalkan komen anda di bawah.

Baca lagi: Distinguished Gentlemen’s Ride Buat Kutipan Amal Untuk Pesakit Kanser Prostat

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.