Mitos Mengenai Mati Pucuk Kini Berjaya Didedahkan

TIDAK mahu dikatakan tidak subur atau lemah tenaga batin, lelaki mungkin mendiamkan diri jika berhadapan dengan masalah tersebut. Bukan mudah untuk berkongsi cerita dalam sesetengah perkara yang berbaur peribadi sekalipun dengan orang yang boleh dipercayai.

Lebih-lebih lagi jika rahsia itu melibatkan kesihatan seks iaitu mati pucuk atau Erectile Disfunction (ED). Langkah berdiam diri mungkin dirasakan merupakan pilihan terbaik daripada berterus terang yang dirasakan hanya akan membuka pekung di dada. Akhirnya, masalah yang membelenggu diri itu akan berlarutan tanpa noktah hanya kerana ingin menjaga ego sendiri.

Gambar hiasan: Medscape

Mati pucuk merupakan masalah lelaki dan merupakan istilah yang tidak selesa buat golongan tersebut. Ramai yang beranggapan mereka yang mengalami masalah itu kemungkinan tidak lagi  berkemampuan dari segi seksual.

Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai masalah ini adalah berikutan dari amalan gaya hidup yang tidak sihat. Misalnya, mereka jarang bersenam, menghidapi obesiti dan mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Gambar hiasan: Sizegenetics

Antara faktor utama ialah gaya hidup yang tidak sihat yang menyebabkan kolestrol, tekanan darah serta gula dalam badan meningkat. Masalah lemah tenaga batin biasanya akan berlaku jika terdapat  gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar.

Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya.

Gambar hiasan: Sharecare

Faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan akhirnya memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Minuman beralkohol jika diambil secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah juga boleh memburukkan lagi masalah tersebut.

Sejak pengenalan ubat mati pucuk oral seperti viagra, mati pucuk bukan masalah besar lagi kepada kebanyakan lelaki. Walaupun dahulu mati pucuk adalah satu perkara yang sangat pantang, lelaki kini dijangkakan lebih bersedia untuk bercakap dengan doktor mengenai “masalah di dalam bilik tidur.”

Baca lagi: Inilah Sebenarnya Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Protein!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *