Mitos Dan Fakta Penyebab Paru-Paru Basah, Kamu Wajib Tahu!

Paru-paru basah atau pneumonia adalah suatu penyakit radang yang berlaku pada sistem pernafasan yang disebabkan oleh jangkitan, bakteria atau kuman. Pneumonia bukanlah penyakit biasa, penyakit ini jika tidak ditangani dari awal mungkin boleh menyebabkan kematian.

Gambar hiasan: Medic.com

Gejalanya pun sukar untuk dilihat sama sekali. Penderita akan merasakan seperti batuk yang berlarutan ataupun sesak nafas saat mereka terkena penyakit paru-paru basah ini.

Banyak anggapan di kalangan masyarakat berkaitan gejala, ciri-ciri maupun penyebab munculnya paru-paru basah ini.

Gambar hiasan: Medic.com

Sering terkena angin malam

Sering terkena angin malam ternyata boleh menjadi salah satu penyebab terkena paru-paru basah. Hal ini terjadi kerana angin malam memiliki tahap kelembaban yang lebih tinggi dibandingkan dengan angin di siang hari. Bagi mereka yang telah memiliki penyakit ini, pendedahan kepada angin di malam hari akan memburukkan lagi keadaannya.

Bersiar pada malam hari tanpa menggunakan jaket

Jika anda akan keluar rumah terutamanya ketika malam hari maka anda harus jangan sesekali melupakan untuk memakai jaket . Tujuannya adalah untuk menjaga suhu tubuh agar tidak terlalu sejuk. Angin yang terdedah secara langsung ke tubuh akan meningkatkan lagi risiko.

Tidur dilantai tanpa alas atau alas tipis

Menurut Dr. Budi Leksono, seorang doktor di sebuah hospital di Semarang, Jawa Tengah menyebutkan bahawa kebiasaan tidur di atas lantai tanpa alas atau alas yang terlalu tipis memang tidak baik. Namun bukanlah ia menyebabkan dengan serta merta orang tersebut terkena paru-paru basah.

Sering menggunakan AC atau kipas angin dengan jarak yang dekat

Pendedahan kepada AC dan kipas angin dengan jarak dekat pada waktu yang lama dan terus-menerus boleh menyebabkan udara dalam kamar juga terasa sangat dingin. Secara automatik udara yang masuk ke dalam paru-paru juga akan dingin. Hal ini kemudian boleh menyebabkan munculnya beberapa masalah seperti sering batuk bahkan tekak terasa kering.

Telapak tangan mudah basah

Telapak tangan dan kaki yang mudah basah kerana sering berpeluh pun juga sering dikaitkan dengan penyakit yang satu ini. Faktanya adalah jika anda sering mengalami tangan yang mudah untuk berpeluh itu secara tidak langsung menandakan bahawa besar kemungkinan anda sudah pun terkena penyakit paru-paru basah.

Gambar hiasan: Medic.com

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda sekalian yang ingin tahu malah mungkin mempunyai keluarga atau teman yang menderita penyakit yang sama. Diharapkan agar informasi ini membantu anda untuk menangani penyakit ini dengan lebih efisyen dan mengelakkan mereka yang telah pun memiliki penyakit ini dari keadaannya semakin parah.

Baca lagi: Makanan Berkhasiat Boleh Membantu Anda Untuk Seks Yang Hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *