3 cara untuk pastikan bau minyak wangi anda tahan lebih lama

Memakai minyak wangi ataupun perfume pada masa kini sudah menjadi satu keperluan buat semua lelaki termasuklah anda. Bau wangi yang tersebar ke sekeliling apabila anda berada di suatu tempat akan memberi keyakinan kepada anda untuk berdepan dengan orang-orang di sekeliling.

Ini kerana, orang-orang di sekeliling anda berasa selesa dengan bau wangi dari badan anda. Ini menyebabkan mereka lebih suka untuk berada lama bersama anda, apatah lagi jika mereka itu perempuan.

Tetapi, menjadi sedikit masalah apabila minyak wangi yang anda pakai tidak dapat untuk bertahan lama. Oleh kerana itu, kami di Mensive ingin berkongsi 3 cara untuk pastikan bau minyak wangi anda tahan lebih lama.

1. Tidak semestinya pada nadi

Kredit foto: www.ties.com

Biasanya anda akan sembur minyak wangi di pergelangan tangan, leher ataupun di belakang telinga. Mengapa di situ? Kerana di situlah terletaknya nadi anda dan di situlah kawasan saliran darah dekat dengan kulit anda yang membantu menyebarkan bau wangian anda apabila badan menjadi panas. Tetapi, ia sebenarnya akan buat bau wangian anda hilang dengan cepat. Apa kata selepas ini, cuba anda sembur di kawasan belakang leher dan lengan anda di mana di kawasan itu bau wangi akan tersebar secara perlahan-lahan dan bau wangi akan tahan lebih lama.

2. Jaga kelembapan

Kredit foto: scenttrunk.com

Untuk memastikan bau wangi minyak wanig anda kekal lama pada badan, pastikan anda menjaga kelembapan kulit pada badan. Kulit yang kering akan mengakibatkan semburan minyak wangi anda susah untuk terperangkap pada kulit dan menyebabkan ia mudah hilang dan bau minyak wangi anda tidak dapat dihidu lagi. Andainya anda memiliki kulit yang kering, gunakan produk-produk pelembap kulit yang boleh membantu anda untuk memastikan bau perfume anda tahan lebih lama.

3. Simpan di tempat yang sesuai

Kredit foto: www.hisstylediary.com

Elakkan menyimpan botol minyak wangi di tempat yang panas atau di tempat yang suhunya berubah-ubah. Jika anda menyimpan di tempat yang kejap panas, kejap sejuk, ia akan menyebabkan campuran-campuran bahan dalam minyak wangi anda terganggu dan boleh memberi kesan kepada baunya. Anda akan dapati bahawa, minyak wangi yang disimpan di tempat sebegitu tidak akan tahan lama baunya. Oleh itu, sila simpan minyak wangi anda di tempat yang sesuai. Tambahan pula, anda sudah habiskan wang yang banyak untuk membeli perfume yang terbaik, jadi, kenalah jaga elok-elok.

Itulah dia 3 cara untuk pastikan bau minyak wangi anda tahan lebih lama. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang menghadapi masalah bau minyak wangi yang cepat sangat hilang. Harap-harap lepas ni, bau minyak wangi anda bolehlah tahan sampai ke malam ye.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *