(Gadget) Mi Notebook Air: Produk Baharu Xiaomi

Pengeluar telefon pintar terkenal di China, Xiaomi, telah melancarkan laptop terbaru keluaran mereka iaitu Mi Notebook Air. Walaubagaimanapun, notebook yang menggunakan Windows 10 ini hanya akan dipasarkan di China buat masa ini.

Kredit foto: www.arstechnica.net

Terdapat dua versi untuk Mi Notebook Air ini. Versi pertama iaitu skrin 13.3 inci mempunyai spesifikasi 2.3 GHz Intel Core i5-6200 (boleh ditingkatkan menjadi 2.7 GHz), RAM 8GB DDR4, Nvidia Geforce 940MX, 256GB PCIe SSD yang mempunyai slot tambahan SATA SSD dan 802.11AC Wi-Fi. Ukuran keseluruhan notebook ini ialah 309.6mm x 210.9mm x 14.8mm dan berat mencecah 1.28kg. Mi Notebook Air juga memiliki jangka hayat bateri selama 9.5 jam. Anggaran harga untuk notebook ini ialah RM3050.00. Walaubagaimanapun, jika ia dibawa masuk ke Malaysia, mungkin ada sedikit peningkatan.

Kredit foto: www.arstechnica.net

Andainya anda mahukan yang lebih murah, anda boleh dapatkan versi kedua notebook ini. Mempunyai ukuran skrin 12.5 inci dan versi ini spesifikasinya ialah Intel Core M3 dengan integrated graphics, RAM 4GB, 128GB SSD dan 802.11AC Wi-Fi. Berat notebook versi ini ialah 1.07kg dan ukuran keseluruhan ialah 292mm x 202mm x 12.9mm. Untuk Mi Notebook Air ini, jangka hayat baterinya ialah selama 11.5 jam. Anggaran harga untuk versi ini ialah RM2200.00.

Kedua-dua versi ini memiliki satu port USB Type-C untuk mengecas bateri, dua port USB 3.0 Type-A, satu port HDMI dan satu headphone jack. Notebook ini didatangkan dengan dua warna iaitu emas dan perak.

Kredit foto: www.arstechnica.net

Langkah yang diambil oleh Xiaomi ini sebenarnya satu tindakan yang agak berisiko kerana pasaran laptop sekarang berada dalam keadaan yang tidak berapa stabil. Pesaing utama Xiaomi di China iaitu Huawei pernah mengeluarkan laptop mereka iaitu Matebook pada tahun lepas tetapi gagal menarik minat orang ramai untuk membelinya. Jadi, kali ini kita akan lihat sama ada Xiaomi boleh buat lebih baik berbanding Huawei ataupun tidak.

Mi Notebook Air akan mula berada dalam pasaran pada 2 Ogos 2016, cuma, ia akan dijual dalam pasaran negara China sahaja. Untuk negara lain, kita perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Xiaomi.

Sumber: Arstechnica

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *