5 Sebab Kenapa Anda Mesti Tonton Filem ‘Kabali’

Rajinikanth, hero filem Tamil yang tidak asing lagi pada kita semua. Siapa yang tak pernah menonton filem-filem hebatnya seperti ‘Padaiyappa’ dan juga ‘Sivaji The Boss’ yang masih melekat dalam memori setiap penonton.

Rajinikanth sememangnya pelakon yang unik. Beliau memiliki gaya yang tersendiri yang tidak ada pada para pelakon Tamil lain. Ramai yang menyukai beliau terutama sekali sewaktu adegan bergaduh kerana di situlah terletaknya keseronokan filem Tamil.

13443109_1628490137468858_6991744955967507300_o

Gayanya yang suka melibas-libas kain dalam filem ‘Padaiyappa’ dan melambung duit syiling dalam ‘Sivaji The Boss’ menyebabkan ramai orang mendahagakan filem terbaru Rajinikanth.

Bagaikan impian menjadi kenyataan, kini Rajinikanth tampil dengan filem terbaru beliau iaitu ‘Kabali’.

‘Kabali’ akan ditayangkan di Malaysia pada minggu hadapan iaitu pada 26 Julai 2016. Terdapat 5 sebab mengapa anda mesti menonton filem terbaru Rajinikanth ini.

1. Sebab ada rajinikanth

13495540_1636663696651502_712016537811203311_o

Sudah tentu ini menjadi sebab utama mengapa anda perlu tonton filem ‘Kabali’ kerana adanya Rajinikanth. Dalam filem ini, Rajinikanth akan memegang watak sebagai bekas gengster yang terpaksa berdepan dengan masa silam yang datang menghantuinya.

2. Pelakon pembantu yang hebat

rosyam khan

Selain daripada Rajinikanth sendiri, beliau turut dibantu oleh barisan pelakon yang hebat seperti Radhika Apte yang memegang watak isteri kepada Kabali. Selain itu, filem ini turut menjemput pelakon hebat dari Malaysia yang sinonim dengan watak gengster iaitu Rosyam Nor.

3. Pakej hiburan lengkap

13582014_1636663723318166_7671239773491543679_o

Filem ini memiliki pakej hiburan yang lengkap di mana anda boleh menonton adegan-adegan aksi, percintaan dan komedi dalam satu filem. Namun begitu, sudah tentu kekuatan filem ini ialah pada babak aksi yang pasti dinanti-nantikan oleh semua orang.

4. Terdapat dalam bahasa melayu

Kredit foto: raaga.thr.fm

Walaupun filem ini filem Tamil, tetapi pihak producer filem telah bersetuju untuk adakan alih bahasa filem ini ke Bahasa Melayu. Selebriti tanah air iaitu Arun Kumaran akan membawakan suara bagi watak Kabali. Selain itu, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fathia Latiff turut terlibat untuk menyumbangkan suara dalam filem ini.

5. Dibuat di malaysia

Moonrise_over_kuala_lumpur

sumber: wikipedia

Untuk pengetahuan anda, sebahagian penggambaran filem ini telah dilakukan di Malaysia. Antara kawasan yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Carery, Banting. Jadi, bolehlah anda lihat lokasi-lokasi ini sewaktu menonton filem ini nanti ye.

Ya, moga-moga dengan 5 sebab ini akan menambahkan keterujaan anda untuk menonton filem ‘Kabali’ ini. Jika dalam ‘Padaiyappa’ Rajinikanth melibas kain, ‘Sivaji The Boss’ pula melambung duit syiling, apalah agaknya trademark yang akan dibawakan oleh Rajinikanth dalam ‘Kabali’.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *