Mereka Yang Selesa Mencarut Lebih Cenderung Bersikap Jujur

Mereka Yang Selesa Mencarut Lebih Cenderung Bersikap Jujur

Sick Chirpse

Secara jujurnya berdasarkan pengalaman penulis, masih lagi mengingati detik-detik penulis menunjukan simbol jari tengah kepada kawan lain. Tidak kerana marah cuma selalunya sebagai salah satu cara untuk bergurau – selalunya kawan-kawan pun tidak ambil peduli sangat. Namun begitu karakter suka menunjuk tanda tengah bukan lah perkara yang elok, menurut salah seorang pakar mereka yang banyak menyumpah orang dengan menunjukkan jari tengah itu percakapan mereka lebih jujur.

Menurut satu penulisan yang dikeluarkan oleh pakar sosial psikologi dan personaliti sains, pengaji telah menjalankan 3 bahagian eksperimen untuk mencari hubungan di antara mereka yang bercakap bohong dengan yang berlaku jujur. Bagi kesemuanya, mereka mendapati lebih banyak seseorang itu mencarut lebih tinggi peratus mereka bercakap jujur.

Pertama sekali, pakar saintis telah rekrut 276 ahli di laman sesawang dan bertanya soalan berapa kerap mereka mencarut, termasuk betapa jujur mereka pada diri sendiri dalam lingkungan peribadi yang ditetapkan. Yang kedua, pakar saintis akan membuat penilaian di dalam status facebook yang mana hampir 75,000 orang menggunakan aplikasi tersebut. Bagi bahagian yang terakhir, mereka dilihat jauh lebih jujur berbanding dengan mereka yang tidak mencarut.

Untuk itu ini hanya ekperimen, yang bukan bermaksud kesemua orang yang mencarut akan menjadi lebih jujur. Untuk mereka yang gemar mencarut mereka tidak langsung memikirkan tanggapan orang pada mereka dan selalunya mereka bercakap ikhlas dan apa yang keluar dari mulut mereka adalah yang benar.

Tapi pastikan jangan jadikan itu alasan untuk anda terus mencarut. Komen di bawah!

BACA: Adakah Dibenarkan Lelaki Memakai Baju Wanita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *