5 Sebab Mengapa Anda Perlu Menggunting Rambut Di Barbershop

Mungkin sebelum ini anda selalu menggunting rambut di kedai-kedai gunting rambut yang biasa. Menggunting rambut di kedai biasa ni kadangkala menyebabkan anda tidak mendapat fesyen rambut yang anda inginkan. Perkara ini menyebabkan anda tidak puas hati dengan hasil potongan rambut anda.

Kini, banyak kedai-kedai gunting rambut baru yang lebih popular dikenali sebagai ‘barbershop’ telahpun muncul di serata tempat. Kedatangan barbershop ini telah memberi pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat gunting rambut yang lebih baik berbanding kedai-kedai gunting rambut yang lain.

Jadi, kami di Mensive ingin berkongsi dengan anda 5 sebab mengapa anda perlu menggunting rambut di barbershop.

1. Mengikut fesyen rambut terkini

Kredit foto: www.mens-hairstylists.com

Di barbershop, tukang gunting rambut mereka telah dilatih untuk menggunting rambut mengikut fesyen-fesyen terkini. Mereka juga perlu peka dengan sebarang perubahan fesyen yang berlaku agar dapat mengikut segala kehendak pelanggan.

2. Lebih profesional

Kredit foto: www.hanger.my

Tukang gunting di barbershop juga dilihat lebih profesional kerana mereka telah mendapat latihan yang cukup untuk memberikan servis-servis yang baik. Selain daripada itu, mereka menggunakan peralatan-peralatan yang eksklusif dan tampak lebih profesional.

3. Mudah berkomunikasi

Kredit foto: www.timeout.com

Selain dilatih tentang kemahiran menggunting rambut, tukang gunting rambut di barbershop juga lebih mudah untuk memahami setiap citarasa pelanggan. Salah satu faktor utamanya ialah kerana majoriti tukang gunting rambutnya ialah warganegara Malaysia. Jadi, sebarang miscommunication agak jarang berlaku.

4. Suasana yang lebih eksklusif dan elegan

Kredit foto: www.timeout.com

Ruang dalaman barbershop dilihat lebih eksklusif dan elegan di mana ia mendatangkan keselesaan kepada pelanggan-pelanggan yang datang. Para pelanggan mudah merasa selesa walaupun sedang menunggu giliran untuk digunting kerana rekaan dalamannya telah dibuat dengan begitu cantik dan kemas.

5. MENGGUNAKAN PRODUK BERKUALITI

Di barbershop juga, mereka menggunakan produk-produk yang berkualiti tinggi agar rambut para pelanggan berada dalam keadaan yang baik. Tidak kira sama ada pomade, gel, wax ataupun krim untuk mencukur, semuanya memiliki kualiti yang terbaik. Jadi, para pelanggan tidak perlu bimbang untuk mendapatkan khidmat di barbershop.

Semoga dengan 5 sebab mengapa anda perlu menggunting rambut di barbershop ini dapat menggalakkan dan mempengaruhi anda mendapatkan khidmat mereka. Sekali-sekala, apa kata anda cuba tukar selera. Yelah, belum cuba, belum tahu. Tak kenal, maka tak cinta. Mungkin sekali anda pergi, selepas itu berkali-kali akan datang semula. Manalah tahu kan?

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *