Mengatur Pakaian Supaya Hidup Lebih Aman

Kekusutan dalam hidup sering dipengaruhi oleh habit yang negatif. Makan dengan laju, malas mengemas rumah dan campak sahaja segala pakaian yang baru dibasuh. Ini menambah celaru. Apabila mengatur pakaian perkara asas yang lelaki perlu tahu ialah ada pakaian boleh dilipat dan ada yang perlu digantung. T-shirt dan jeans boleh dilipat. Manakala suit dan jaket perlu digantung.

Jika terlalu banyak pakaian yang digantung maka teknik terbalikkan hanger boleh dibuat. Caranya ialah dengan menterbalikkan hanger untuk pakaian yang tidak dipakai pada minggu itu. Dengan cara ini kita akan tahu berapa lama sesuatu pakaian itu tidak kita pakai. Kemudian boleh buat keputusan sama ada mahu memakainya, lipat dan simpan atau sedekahkan sahaja. Pakaian yang terlalu lama tidak dipakai selalunya menunjukkan bahawa kita sudah tidak perlukan ia lagi.

Pinterest

Apabila sudah tergantung kemas, maka bolehlah menyusun mengikut kategori pakaian dari kanan ke kiri. Suit, blazer, jaket kemudian kemeja lengan panjang, kemeja lengan pendek, t-shirt dan kemudiannya seluar. Dengan cara ini mudah untuk mencapai apa yang mahu dipakai. Dalam satu kategori, contohnya kemeja lengan panjang, mulakan susunan dengan warna lembut hinggalah ke warna terang. Dengan cara ini almari nampak lebih kemas.

Asingkan pakaian yang dilipat dengan pakaian yang digantung. Satu ruang untuk yang digantung, satu ruang untuk yang dilipat manakala laci untuk pakaian dalam. Secara automatik, almari akan ikut tersusun

Gunakan tie rack dan belt rack untuk tali leher dan tali pinggang. Ini lebih baik dari menggulung tali leher dan meletakkannya dalam almari. Dengan penggunaan tie rack tali leher akan tahan lebih lama. Yang penting kemas. Satu-satu tie rack boleh memuatkan 12 hingga 25 tali leher. mengikut jenis. Begitu juga dengan belt rack yang boleh digantung di dalam almari atau belakang pintu bilik.

Pinterest

Selain daripada tip-tip di atas, ruang di atas almari juga boleh digunakan untuk menyimpan barangan peribadi. Gunakan kotak-kotak simpanan yang pelbagai warna dan saiz untuk mengkategorikan barangan. Contohnya kotak kuning untuk gajet, merah untuk alat tulis dan seterusnya. Kekemasan ini penting untuk ketenangan fikiran agar kita boleh berfikir perkara yang lebih besar tanpa kusut.

Baca : Apakah yang anda perlu pakai untuk temujanji yang pertama?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *