Mengapa Orang Cina Berikan Ang Pow Ketika Perayaan Tahun Baru Cina?

Untuk beberapa lama yang kami cuba ingat, memberikan ang pow ataupun paket merah telah menjadi sebahagian dari tradisi masyarakat Cina, kebiasaannya apabila datang tahun baru Cina.

Ang pow – paket merah diisi dengan duit – akan diberikan oleh orang tua ataupun pasangan yang sudah berkahwin sebagai hadiah kepada anak muda dan mereka yang belum berkahwin sepanjang musim perayaan tahun baru Cina dan itu juga adalah masa yang mana sanak saudara akan berkumpul untuk sama-sama meraikan perayaan tersebut.

Warna merah yang ada pada sampul surat itu melambangkan tanda selamat maju jaya demi mengelak roh jahat dari mendekati, dengan gambaran supaya dapat kebahagiaan, kesihatan yang baik dan semua berkaitan yang positif kepada penerima.

Pernah anda terfikir sejak dari bila sebenarnya amalan memberikan ang pow ini mula dipraktikkan?

Ramai mempercayai bahawa amalan ini mula dipraktikkan pada zaman dinasti Qin (221 – 206), dimana orang lebih tua akan menawarkan syiling ke penyangkut merah segai hadiah kepada generasi muda yang dikenali sebagai ya sui qian.

Ada juga yang mengaitkan dengan pemberian ang pow ini adalah untuk menghalang dari hantu jahat mengikut kita ataupun menggangu kita.

Sumber: Says

BACA: KL Mungkin Tidak Benarkan Motor Kapcai Masuk Selepas Ini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *