Mengapa Masyarakat Cina Bawa Harta Mereka Untuk Di Tanam Bersama Si Mati?

Ira Block Photography

Masyarakat Cina begitu percaya dengan kepercayaan kehidupan selepas mati

Masyarakat cina kuno percaya dengan kehidupan setelah kematian sangat mirip dengan di dunia. Untuk membolehkan si mati menikmati kehidupan yang sama seperti masa hidupnya, untuk itu orang-orang kaya pada masa Dinasti Han (206 sm – 220 sm) akan membawa harta bendanya untuk ikut dikuburkan sekali. Dikatakan juga proses pengkuburan rumit. Harta yang sering dikuburkan sekali adalah barang peribadi, tempat makan minum dan ada juga yang dikuburkan sekali bersama haiwan ternakan. Selain daripada itu, tubuh si mati akan di simpan di dalam peti cantik sesuai mengikut kekayaan masing-masing.

Bagi orang penting pula patung akan diletakkan di sebelah kubur si mati dan tembikar kecil mewakili pelayan, pengawai dan penghibur.

Kubur Qin Shi Huan Ti

Terdapat beberapa proses kematian yang akan berlaku seperti makan dan isinya kedua upacara atau ritual untuk menghormati orang mati di lakukan di kuil dan ruang sembahyang si mati. Makam pertama Cina, Qin Shi Huang menjadi contoh yang paling terkenal dari perkuburan cina kuno. Makam beliau dirancang untuk dapat melambangkan keadaan atau kondisi dunia pada saat pemimpinnya hidup. Semua barang ditanam sekali termasuk patung tentera lelaki kira-kira 8,000 kesemuannya.

Mengapa Masyarakat Cina Bawa Harta Mereka Untuk Di Tanam Bersama Si Mati?

Probing Deep

Bagi masyarakat Cina, nenek moyang dianggap memiliki pengaruh penting pada kehidupan seseorang. Kewujudan mereka di akhirat amat diperlukan bagi si mati untuk pergi ke dunia yang berikutnya.

Ada juga yang menyatakan nenek moyang dikorbankan untuk kebahagiaan akan datang. Orang mati juga boleh hidup aman jika generasi yang hidup sihat dan berjaya.  Dan bagi si mati peranan mereka dikatakan boleh menentukan kehidupan seseorang itu menjadi baik atau sebaliknya.

Cara mereka melakukan pengkebumian

Langkah-langkah pertama ketika mengetahui ada kematian adalah dengan memberitahu orang ramai. Mereka akan memakai pakaian berkabung tradisional berupa kain putih dan rami. Kemudian mayat akan dimandikan sesuai dengan ritual yang berlaku dan berbagai persembahan dan makanan akan dibayar sebagai tanda menghormati si mati. Berikutnya, nama si mati akan diletakkan ke papan dari keluarga agar didoakan perjalanan mereka tenang di akhirat.

LEKSANA gallery

Kemudian, muzik akan di mainkan sepanjang perarakan dari kawasan perumahan si mati hingga ke kawasan perkuburan.

Kini, masyarakat Cina di Malaysia akan menyewa bas persiaran untuk di bawa ahli keluarga dan sahabat handai si mati bagi tujuan sama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada si mati. Komen di bawah!

BACA: Secara Sembunyi Wanita Ini Rakam Rakan Sekelas Yang Pakai Baju Sama Warna Dengan Air Setiap Hari!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *