Mengapa Komputer Atau Komputer Riba Sering Padam Dengan Sendiri

Kepada pengguna komputer riba mereka tentu akan pernah menghadapi masalah seperti yang ingin kita bincangkan hari ini. Masalah ini bukanlah sesuatu yang asing kepada kebanyakan pengguna komputer terutamanya yang sudah menggunakannya lebih 4 tahun.

Pernahkah ketika anda sedang asyik menaip sesuatu pada komputer anda secara tiba-tiba komputer anda terpadam dengan sendiri tanpa anda mampu untuk menyelamatkan data-data yang telah sedia anda masukkan?

Berikut adalah antara punca-punca mengapa komputer anda mungkin akan terpadam dengan sendirinya mengikut pakar komputer:

Gambar hiasan: PC Geek

1. Kotoran ataupun habuk pada komputer

Tiada masalah jika anda boleh mengambil sedikit daripada masa terluang anda untuk memeriksa bahagian dalaman komputer anda sambil membersihkan kotoran dan habuk yang berada di bahagian dalamnya itu. Ia boleh membantu komputer untuk tahan dengan lebih lama.

Gambar hiasan: Tech Geek

2. Cakera keras yang bermasalah

Jika anda telah memasukkan cakera keras yang bermasalah dan tidak berfungsi maka mungkin keseluruhan komputer anda juga bakal memiliki masalah yang sama juga. Ini juga boleh menjadi salah satu sebab mengapa komputer anda terpadam dengan sendiri.

Gambar hiasan: ACD See

3. Program komputer bermasalah

Kebanakan daripada kita tidak menyedari ketika anda memuat turun sebarang aplikasi di Internet pada komputer anda, mungkin komputer anda tidak berinteraksi dengan baik bersama program tersebut menyebabkan sistem komputer sering terganggu.

Gambar hiasan: Pc IT

4. Kipas komputer gagal berfungsi

Kipas komputer membantu untuk menyejukkan komputer dan membolehkan ia beroperasi dengan lebih baik dan pantas. Apabila kipas komputer gagal berfungsi maka ia boleh menyebabkan komputer menjadi panas dan kemudiannya padam dengan sendiri.

Periksa perkara-perkara di atas untuk memastikan semuanya anda telah lakukan untuk menjaga jangka hayat komputer anda agar mampu untuk bertahan dengan lebih lama. Selamat mencuba kepada semua.

Baca lagi: Mulakan Mendidik Anak Agar Belajar Menghargai Guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *