Mengapa Ada Ketika Kita Akan Bercakap Ketika Sedang Tidur

Valley Sleep Center

Bercakap dalam tidur sememangnya terjadi kepada ramai orang, perkara tersebut akan terjadi apabila di pertengahan waktu kita tidur tiba-tiba kita atau pasangan kita akan secara automatik bercakap seperti bermimpi. Namun begitu apakah sebabnya mereka bercakap dalam tidur?

Pakar kesihatan yang merupakan ahli dalam urusan tidur bernama Michale Breus, PhD, ada menyebut yang aktiviti bercakap ketika tidur ini dipanggil Somniloquy. Penulis buku The Power of When ini berkata bahawa selain kelihatan kelakar, keadaan mereka yang bercakap ketika tidur ini menjadi tanda mereka ada masalah kurang tidur ataupun sudah seharian kepenatan. Menurut Breus, andai seseorang itu mengalami masalah kurang tidur, terlalu letih, ia akan cenderung untuk bercakap ketika tidur.

Selain kerana masalah kurang tidur, kebiasaan bercakap ketika tidur membawa kepada adanya masalah kesihatan lain seperti depresi, stress, demam, hingga ada juga mereka yang meminum minuman alkohol. Selain itu, hal ini juga boleh disebabkan oleh masalah REMSleep Behaviour Disorder atau RBD yang boleh menganggu kita semasa tidur.

Kebiasaan bercakap ketika tidur boleh muncul pada setiap tahap masa kita tidur. Semakin awal kita bercakap ketika tidur datang, semakin jelas percakapan kita. Pada tahap tidur pertama dan kedua, perkataan yang diutarakan jauh lebih sukar difahami jika dibandingkan andai kata-kata itu muncul pada tahap ketiga dan keempat yang lebih mudah dikategorikan sebagai kata-kata yaang sukar difahami.

Jika seseorang itu seringkali bercakap dalam tidurnya, oleh itu dia boleh sahaja dikategorikan mengalami gangguan tidur di paras sedang ataupun berat. Andai kita bercakap semasa tidur setiap malam, jika kita mengalami masalah bercakap ketika tidur hampir setiap malam, maka kita tergolong sedang mengalami masalah tidur yang cukup berat dan perkara ini boleh menganggu pasangan kita untuk tidur. Kita juga harus memeriksa keadaan ini ke doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian. Selain itu, pastikan untuk mulai lebih baik semasa tidur, mengawal stress dengan lebih baik, sekaligus menghindari minuman beralkohol, agar gangguan bercakap ketika tidur dapat diredakan.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *