Mendaki Gunung Membuang Masa Dan Tenaga? Kami Kongsikan Faedah Mendaki Gunung Untuk Anda Fikirkan Semula.

Aktiviti mendaki gunung sememangnya tidak mudah, tetapi ia juga bukanlah satu perkara yang mustahil. Adalah menjadi kesilapan besar jika kita menganggap aktiviti ini hanya membuang masa dan tenaga.

Cuba lihat senarai faedah mendaki gunung di bawah.

 

Mengurangkan Berat Badan

Mendaki adalah cara “paling cepat” untuk menurunkan berat badan. Mungkin ada yang ragu kerana berat badan yang hilang semasa mendaki hanyalah air, tetapi sebenarnya ia turut membakar banyak kalori. Dan sudah tentu, berat tak akan surut kalau hanya mendaki sekali sahaja seumur hidup. Perlulah berulang-ulang.

 

Seluruh Anggota Badan Begerak

Mendaki adalah satu senaman arobik yang dapat mempertingkatkan daya tahan fizikal seperti tangan, kaki dan juga jantung.

 

Mensive Pomade

Meningkatkan Taraf Kesihatan

Selain mengurangkan berat badan, aktivit mendaki juga “memaksa” jantung untuk berfungsi cemerlang dan ini sangat baik untuk jangka masa lama. Berpeluh dan mencungap ketika mendaki sangat besar perbezaannya dengan aktiviti menonton televisyen sepanjang hujung minggu.

 

Menikmati keindahan alam semulajadi

Malaysia masih kaya dengan khazanah alam. Mendaki gunung-ganang di Malaysia memberikan pengalaman yang sangat mengesankan. Hutan kita sangat kaya dengan flora dan fauna yang pelbagai. Ada pula air terjun dan sungai yang mengalir, pasti kepenatan mendaki tadi tak terasa dan hati menjadi lebih tenang.

Ah! Sedih pula teringatkan bait lagu Hijau oleh Zainal Abidin.

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Menyegarkan minda

Faedah MEndaki Gunung Menyegarkan Minda

Sumber gambar: http://www.photowall.se

Aktiviti mengeluarkan peluh sekaligus berdamping dengan alam, dapat menyegarkan perasaan dan fikiran yang sering kacau dengan tugasan harian. Sesekali dapat keluar dari urusan rutin pejabat, aktiviti mendaki dapat memberi kesegaran yang akhirnya bermanfaat semula kepada kemajuan diri.

 

Membina Keyakinan Diri

Apabila mendaki, kita perlu bergantung kepada diri sendiri untuk meneruskan langkah. Memanjat batu yang tegak, merentas laluan yang sempit, licin dan berbahaya, juga berhadapan dengan suasana alam yang luar dari kebiasaan harian. Tanpa disedari, halangan yang tidak pernah difikirkan sebelum ini memberi satu pengalaman dan akhirnya membina satu perasaan yakin diri.

 

Membina Jaringan Sosial

Apabila mendaki, pasti bertemu dengan ramai orang. Sama ada rakan baru dalam kumpulan sendiri, mahupun daripada kumpulan pendaki yang lain. Selalunya hubungan sesama pendaki sangat mesra dan akan terjalin secara otomatik, dan bukan menjadi perkara yang aneh jika persahabatan kekal terjalin selepas tamat mendaki. Ada juga yang bertemu jodoh, tahu?

 

Aktiviti Sepanjang Tahun

Mendaki ini hampir boleh dilakukan bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Tidak semestinya hanya di Malaysia, boleh juga dilakukan di negara lain. Kita sedia maklum Malaysia mengalami musim hujan setiap penghujung tahun, menyebabkan beberapa tempat pendakian ditutup kerana mempunyai risiko kemalangan yang tinggi untuk aktiviti mendaki. Tapi dari 12 bulan, kita ada 11 bulan untuk mendaki. Pilih saja mana yang kita mahu.

 

Baik. Sudah kami kongsikan faedah-faedah mendaki. Sebenarnya banyak lagi kalau mahu disenaraikan, tetapi biarlah ini sahaja sebagai permulaan.

Selamat mendaki!

 

_______
Rujukan : http://hikingdude.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.