Memperkasa Testosteron Maskulin Dalam Kehidupan

Broscience

Testosteron adalah horman dari kumpulan androgen. Hormon ini dihasilkan oleh testis dan membuatkan suara menjadi garau, menumbuhkan bulu di badan dan membuatkan sifat-sifat kelelakian itu menonjol. Hormon ini juga terdapat pada wanita, namun penghasilannya adalah dalam jumlah kecil. Kerana itu wanita ada juga sifat-sifat lelaki dalam diri mereka. Testosteron dihasilakn antara 40 hingga 60 kali lebih banyak oleh lelaki dewasa.

Ia merupakan hormon seks utama untuk lelaki dan membantu menghasilkan sperma. Selain itu ia merangsang perkembangan ciri seks sekunder lelaki seperti pembentukan otot, misai serta bulu-bulu lain. Hormon ini mempunyai manfaat yang lain iaitu mengurangkan kemurungan, mengurangkan lemak dalam badan, meningkatkan perkembangan otot dan menguatkan tulang.

Bagaimanapun apabila lelaki mencecah usia 30 tahun, tahap testosteron menurun sebanyak 2% setahun. Lelaki akan rasa banyak perkara turun dengan tiba-tiba apabila tahap testosteron semakin rendah. Ada beberapa cara untuk meningkatkan kembali tahap testosteron ini.

Salah satunya yang paling berkesan ialah untuk mengurangkan kadar lemak dalam badan. Penyelidik hormon dari Persatuan Endocrine menyimpulkan yang lelaki dengan berat badan berlebih akan mempunyai kekurangan testosteron yang kemudiannya akan mengurangkan tenaga dan meningkatkan kemurungan. Senaman adalah satu cara mengurangkan lemak namun jika ia dilakukan dengan konsisten ini akan menambahkan kemungkinan kehilangan lemak yang lebih berkesan. Dengan kekurangan peratusan lemak dalam badan, ia akan meningkatkan kadar lenaikan testosteron yang lebih semula jadi.

Ignore Limits

Kajian juga menunjukkan bahawa menambahkan diet anda dengan zinc sekurang-kurangnya selama enam minggu akan meningkatkan tahap testosteron. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, 45% dari lelaki tidak mendapat kadar zinc yang mencukupi. Zinc boleh didapati dari  daging, ikan, keju mentah, kekacang dan yogurt.

Sebagai tambahan, gula juga adalah salah satu sebab kadar testosteron menurun. Kekerapan mengambil kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan kadar insulin melonjak naik yang menyebabkan hormon seks ini mengalami penurunan mendadak. Untuk mengatasi masalah ini anda cuma perlu mengurangkan kadar pengambilan gula. Minum air kosong adalah langkah paling berkesan. Kurangkan minuman bergula terutamanya minuman berkarbonat dan minuman 3 dalam 1.

Google

Baca : 5 Cara Menjaga Reputasi Peribadi

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *