Memiliki Bahagian Loteng Di Rumah Anda? Begini Cara Untuk Menghiasnya

Tukarkan cabaran untuk anda menghias bahagian loteng di dalam rumah anda kepada peluang untuk meningkatkan tahap kreativiti anda. Menciptakan sesuatu ruang yang tersendiri di dalam loteng anda boleh memanfaatkan kegunaan sepenuhnya ruangan di dalam rumah anda.

Namun begitu untuk memastikan bahawa anda telah memanfaatkan sepenuhnya ruang di dalam loteng rumah anda – anda harus mengenalpasti beberapa cabaran yang harus dilalui ketika menghias ruangan loteng.

Daripada bahagian atap yang sedikit cerun dan berlengkung dan kadar pencahayaan yang terhad selain dari tingkap yang agak terhad untuk diubahsuai.

Di sini kami mencadangkan beberapa cara untuk anda gunakan dalam usaha menghias ruangan loteng rumah anda.

Gambar hiasan: Home World design

1. Nilai Sekitar Rumah Anda

Ukur setiap ruangan yang terkandung di dalam loteng rumah anda – jangan tinggalkan apa-apa pun dari pandangan anda. Kenalpasti bagaimana bahagian siling anda dan sudut-sudut sempit yang wujud di situ terutamanya jika loteng anda itu agak kecil dari kebiasaannya.

Kemudian anda boleh membandingkannya dengan ruangan lain di dalam rumah anda kerana ia boleh membantu anda untuk mengenapasti jumlah perabot yang boleh dimuatkan mengikut sudut tertentu.

Gambar hiasan: Home World design

2. Meningkat Pemboleh Simpan Dengan Katil Sedia Bina

Penggunaan katil jenis ini sedikit sebanyak boleh membantu anda dalam proses menjimatkan ruangan yang terkandung di dalam loteng rumah anda. Di samping itu ia boleh membantu untuk membuatkan ruangan di dalam loteng anda kelihatan lebih luas kerana tidak dipenuhi dengan perabot yang begitu menonjol. Ia juga boleh memberikan lebih banyak ruang simpanan untuk digunakan pada kemudian nanti.

Gambar hiasan: Home World design

3. Gunakan Warna Putih Dan Cerah

Selain itu anda juga boleh bermain dengan penggunaan warna putih dan cerah untuk memaksimakan ruang di loteng. Ia juga boleh memberikan impresi suasana yang cerah di sekitar loteng tersebut.

Penggunaan warna putih dan cerah seterusnya boleh memberikan ilusi pencahayaan yang menampakkan efek yang selesa di ruangan loteng yang kebiasaannya dibiarkan dalam keadaan yang gelap.

Gambar hiasan: Home World design

4. Gunakan Perabot Yang Rendah

Jika anda ingin ruangan yang sempit untuk kelihaan lebih luas maka anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan perabot rendah. Ini kerana apabila perabot dan perkakasan rendah digunakan, maka siling akan kelihatan lebih tinggi dan seterusnya memperlihatkan ruang tersebut kelihatan luas pada pandangan kasar.

Selain itu ia juga boleh membantu anda untuk menjimatkan ruang yang perlu digunakan untuk menghias ruangan terhad seperti di bahagian loteng.

Baca lagi: Fenomena Trending Dalam Dunia Penulisan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *