Memahami Krisis Qatar-Negara Arab

Kredit : News Detik

Terbaru heboh seantero dunia dengan krisis tanah Arab dan Qatar. Untuk memahami krisis yang berlaku, saya sediakan beberapa fakta yang mudah untuk kita fahami dalam kemelut negara Arab dan Qatar ini.

Isu bermula ketika tercetusnya Kebangkitan Arab atau Arab Spring di mana Qatar dituduh membantu kerajaan Mesir yang ketika itu diketuai Mohamed Morsi, selain memberi kebebasan sepenuhnya kepada agensi media seperti Al-Jazeera, yang membawa kepada penyebaran maklumat sehingga jatuhnya beberapa kerajaan di Asia Barat.

Namun pertelingkahan antara keempat-empat negara ini dengan Qatar sampai ke kemuncaknya apabila Qatar News Agency dikatakan digodam oleh pihak tertentu, yang membawa kepada keluarnya beberapa kenyataan yang berbaur kontroversi.

Pertamanya, dapat dilihat bahawa Israel itu cukup benci akan Qatar. Qatar dalam usahanya untuk berbaik dengan sekutu golongan militan anti-Israel seperti Hamas dan golongan bukan militan seperti Ikhwan telah mendapat tentangan yang hebat dari Israel.

Bahkan media yang berani dalam mengutuk Israel iaitu Media Aljazeera juga berpusat di Qatar. Media bersifat antarabangsa yang lain seperti CNN, BBC dan yang lain tidak berani untuk mengutuk Israel. Mereka hanya bersifat berdiam diri.

Qatar juga aktif dalam menghulurkan pertolongan kepada Palestin yang teruk diserang Israel. Kerana sebab musabab inilah Qatar dibenci oleh Israel.

Kedua, Qatar amat terkenal dengan telaga minyaknya yang berharga. Oleh sebab inilah, Qatar mempunyai hubungan diplomasi bisnes yang kerap dengan Iran. Hubungan Qatar-Iran boleh dikatakan akrab.

Ketiga, disebabkan Qatar menyokong golongan Ikhwan di Mesir, ini penyebab Arab Saudi tidak mahu berbaik dengan Qatar. Arab Saudi juga mempunyai krisis dengan Ikhwan.

Seperti yang semua sedia maklum, Ikhwan ini adalah golongan yang naik disebabkan demokrasi. Manakala Arab Saudi adalah monarki. Pernah sekali Arab Saudi mengupah tentera Mesir untuk menggulungkan kerajaan Ikhwan yang memerinta. Sehingga begitu sekali kemelut yang mereka hadapi.

 

Keempat, Qatar bukanlah pro kepada Iran. 90% orang Islam Qatar Sunni, yang Syiah dalam 10% saja. Malah Qatar bergabung dengan Arab Saudi memerangi militan syiah Houthi di Yaman sejak tahun 2015.

Jadi, kenapa tiba-tiba sekarang ini Qatar menjadi sasaran?

Banyak sebabnya.

Antaranya adalah Arab Saudi berkecil hati dengan media Qatar yang dikatakan mengutuk Arab Saudi dan Amerika. Namun begitu, ada sumber yang mengatakan perbalahan ini adalah disebabkan hacker antarabangsa yang membuat statement berbaur kutukan yang akhirnya memburukkan hubungan dua hala itu.

Dan Qatar juga ada memperjelaskan keadaan ini kepada Arab Saudi. Tetapi media Arab Saudi tetap memutarkan cerita yang satu ini berulang-ulang kali.

Shuttercock

Faktor seterusnya adalah kerana sumber makanan. Lebih 60% sumber makanan Qatar adalah dari Arab Saudi. Apabila hubungan diplomati Qatar-Saudi mempunyai masalah, bekalan makanan adalah isu utama yang paling dirisaukan.

Maka bekalan makanan yang terputus kerana krisis ini hanyalah boleh didapati dengan bantuan Turki dan Iran. Iran dengan sudi, menawarkan bantuan kepada Qatar dalam isu bekalan makana.

 

 

Qatar juga disifatkan sebagai duri dalam daging bagi rantau itu kerana kekerapannya mengambil langkah kurang popular, dan ia tentunya menimbulkan rasa kurang senang Arab Saudi yang dilihat berusaha keras mahu memastikan negara serantau memiliki pandangan dan mengambil tindakan yang sama dengan aspirasinya. Selain Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu turut mengambil langkah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Krisis ini semestinya tidak menguntungkan negara-negara lain dan hanya memberi keburukan kepada Qatar dan negara yang baik dengannya. Diharapkan kemelut ini akan selesai dengan aman dan penuh diplomasi.

Baca lagi :Makanan Tambahan Atau Supplement – Diperlukan Atau Tidak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *