Melatah Di Kalangan Remaja Dan Orang Muda

Sindrom melatah ini bukanlah suatu perkara yang asing kepada masyarakat Malaysia kerana ia sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat di Malaysia dan yang terbaru kini, kejadian latah berlaku dikalangan remaja dan lelaki muda.

Mengapakah agaknya kejadian ini berlaku? Adakah kemungkinan ia disebabkan oleh gejala keturunan ataupun kejutan budaya di kalangan keluarga di penderita latah tersebut? Ini semua masih lagi di dalam proses kajian.

Gambar hiasan: Artis Buzz

Namun kejadian latah ini juga boleh merugikan individu tersebut juga kerana ia boleh mengganggu pekerjaan mereka selain boleh mengganggu kehidupan sosial seseorang. Bayangkan jika seseorang itu melatah hampir setiap masa tatkala disentuh.

Ia kadangkala boleh meletihkan badan dan mengurangkan tenaga seseorang yang mengalami sindrom melatah yang sangat agresif.

Gambar hiasan: Utusan

Walaupun begitu ada yang mengatakan melatah ini sesuatu penyakit yang berbahaya terutama jika mereka mengalami latah ketika sedang memandu ataupun ketika sedang melintas jalan. Terdapat banyak mudarat yang akan terjadi kepada mereka yang mengidap penyakit latah ini.

Melatah juga kadangkala boleh memalukan seseorang individu tersebut kerana mereka hilang kawalan ke atas setiap perbuatan mereka dan jika seseorang yang berniat jahat ingin mengganggu mereka, ia boleh menjadi suatu masalah.

Gambar hiasan: Gila Gila

Mereka yang mengalami sindrom melatah ini haruslah sentiasa berada di bawah jagaan teman yang boleh menemani mereka kerana ia sangat sukar untuk membiarkan mereka berseorangan tanpa perhatian.

Sebaiknya mereka yang mengalami sindrom latah ini dibawa kepada pakar untuk mengenalpasti masalah atau dibawa untuk kaunseling untuk membantu mereka menangani masalah tersebut.

Baca lagi: Ciri Rakan Sekerja Yang Tidak Boleh Untuk Anda Percayai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *