Maybelline Baru Sahaja Ambil Lelaki Sebagai Duta Maskara Terbaru Mereka

Mekap kini bukan lagi untuk wanita apatah lagi dengan keadaan zaman sekarang kerana masing-masing cuba menunjukkan skil mekap sampai ada yang dikritik hebat dengan kreativiti mereka. Namun begitu lelaki sudah memakai mekap sejak berabad dahulu, tetapi di dalam industri kecantikan mekap telah didominasi oleh wanita, ianya agak sukar untuk mengingati dari mana datangnya cerita legasi tersebut. Kini, sudah timbul pula viral kisah seorang lelaki yang bermula dari Youtube dan instagram yang telah meninggalkan nama di dalam industri kecantikan untuk generasi Z dan golongan millenial.

Lelaki yang berusia 25 tahun ini sememangnya cantik apabila dilihat, Manny Gutierrez memiliki jumlah pengikut seramai 2 juta dan yang pasti nombor itu akan terus meningkat dengan wujudnya publisiti yang ada.  Kini sudah hampi 2 dekad dia jatuh cinta dengan mekap , ramai yang jatuh cinta dengan perkara perkara lain sejak mereka kecil . “Saya seringkali jatuh cinta setiap kali dengan mekap,” ” Menurutnya. “Ketika saya kecil, saya akan melihat ibu saya bersiap untuk pergi kerja dan melihat perubahan yang dialami setelah berada di depan cermin selama berjam-jam. Walaupun, itu bukan permulaan saya dengan mekap, mekap mula muncul setelah beberapa lama dari kejadi itu.”

Oh itu la wajah yang mengancam? Pemilik wajah Manny Gutierrez, seorang mekap artis yang mana merupakan lelaki pertama dipilih untuk menjadi wajah terbaru untuk jenama mekap Maybelline.

Menurutnya lagi, yang menjadi ikon kecantikan pada dirinya adalah ibunya sendiri yang mana menurut Gutirrez, ibunya itu cantik luar dalam.

Beliau juga telah bekerjasama dengan ramai artis Hollywood dan merupakan seorang jurumekap professional.

Apa kata anda? Komen di bawah!

BACA: Lelaki Cipta Baju Sejuk Yang Sama Dengan Setiap Tempat Yang Dia Lawati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.