Mata Yang Sihat & Menarik

eye-195684_1280

Pixabay

Rabun, tapi malas memakai kaca mata kerana ada berpendapat, ia akan membuatkan muka dan penampilan anda jadi tidak menarik.

Teknologi moden hari ini menemui banyak jalan penyelesaian untuk kembalikan penglihatan individu rabun. Ini termasuk rawatan surgeri laser LASIK sebagai contoh. Tapi, tidak semua yang mampu kerana kos yang tinggi lebih RM 3,000 hingga RM 7,000.

Seperti dikongsi pakar kesihatan dan penulis terkenal buku ‘secret of longevity’ Dr Mao Shing Ni tiga cara ini boleh anda praktik untuk kembalikan kesegaran mata dan penglihatan.

ads-gent-grooming

1. Faktor Makanan

Vitamin A, E, C dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata. Sayur daun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah banyak mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak mata terjejas disebabkan matahari. Bawang putih, bawang besar dan bawang merah mengandungi kandungan sulfur yang memelihara pembentukan katarak pada mata.

6-foods-for-eyes-fb

Rehatkan mata

Dapatkan tidur yang cukup. Tidur membuatkan mata berehat, membaiki dan memulih secara semula jadi. Peruntukkan 8 jam.

Untuk individu yang kerja ‘ menghadap’ komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya satu jam untuk alihkan pandangan mata ke tempat lain. Rehatkan penglihatan.

Jika mata terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata.

_64497762_cukes_think624

BBC

3. Lakukan senaman mata

  1. Gosokkan tapak tangan untuk hasilkan haba yang panas
  2. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama lima minit. Ulang tiga kali.
  3. Pusingkan bebola mata dengan mata pandang ke atas. Buat putaran perlahan sebanyak 10 kali ikut arah jam.
  4. Pegang pen pada aras bahu di depan anda. Pandang pen sehingga batang hidung. Ulang 10 kali.
  5. Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari, tekan lembut dan urut gerakan membulat 20 kali arah jam dan 20 kali arah sebaliknya.
  6. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan kedua-dua penjuru sisi hidung.
  7. Bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.
aid4251-728px-exercise-your-eyes-step-8-version-3

HEALTHADORE

Itu serba sedikit mengenai rawatan mudah untuk memiliki mata yang sihat dan menarik, komen di bawah!

Sumber: Harian Metro

BACA: Terlampau Tertekan, Ini Perkara Yang Bakal Anda Alami

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *