Mata biru pembuat teh Pakistan jadi sensasi media sosial

Nasib seorang penjual teh atau “chai wala” di sini berubah 360 darjah selepas gambarnya yang dimuat naik ke Internet menjadi sensasi kerana wajahnya yang tampan dengan mata biru menawan.

Gambar Arshad Khan, 18, dirakamkan ketika dia sedang menuang teh di Bazaar Ahad di Islamabad oleh seorang jurugambar wanita, Javeria Ali, lapor BBC.

Ribuan netizen yang terpukau dengan ketampanannya dengan segera berkongsi gambarnya di Twitter, dan secara tiba-tiba ia menjadi trending dengan #ChaiWala merentasi media sosial.

Dan tidak lama kemudian, Arshad diberikan tawaran menjadi model apabila satu laman web membeli-belah Fitin.pk yang berpangkalan di Islamabad merebut peluang itu dan dengan segera menggunakan gambarnya untuk iklan pakaian lelaki.

Mesej di laman web itu dan Facebook berbunyi: “Chai wala kini fesyen wala!”

Dalam satu temu bual dengan berita TV tempatan, Arshad berkata dia dan keluarganya tinggal di Islamabad sejak 25 tahun lalu dan dia bekerja di gerai teh itu sejak beberapa bulan lalu.

 aaja7ar

Selama ini, katanya dia tidak pernah tahu mengenai media sosial Instagram atau Twitter, lapor BBC.

Express Tribune Pakistan melaporkan Arshad pergi ke tempat kerjanya di gerai teh itu seperti biasa dan ketika ditanya sama ada dia sedar atau tidak yang dia kini popular, Arshad dengan rendah diri berkata:”Saya tahu dan sangat gembira. Rakan tunjuk gambar saya sejak pagi tadi.”

Javeria yang merakamkan dan memuat naik gambar itu pada 14 Oktober berkata kepada BBC, dia sangat terkejut apabila foto itu menjadi terkenal kerana padanya ia hanya post biasa dengan kapsyen:”Hot-tea”.

ads-hair-tonic

“Saya sangat gembira untuk Arshad, dia sangat baik. Saya harap dia dapat menangani kemasyhuran dengan baik dan tidak dieksploitasi oleh orang tamak,” katanya yang juga seorang jurugambar majlis perkahwinan dan acara di Islamabad.

BACA: Apple Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Macbook Baru Pada 27 Oktober

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.