Masihkah Anda Ingat Cerita The Cave of The Golden Rose?

The Cave of The Golden Rose adalah sebuah telemovie bersiri di mana ia mempunyai 5 siri dan kesemua siri ini telah ditayangkan di saluran TV2 RTM. Cerita ini telah ditayangkan pada sekitar tahun 1991 hinggalah 1996.

Pada tahun itu, telemovie bersiri ini telah mencipta fenomenanya yang tersendiri di kalangan peminat-peminatnya. The Cave of The Golden Rose adalah sebuah cerita fantasi yang menampilkan watak-watak seperti puteri, putera, ahli sihir dan juga binatang yang boleh bercakap.

Telemovie ini berasal dari Itali di mana judul cerita ini bernama ‘La Grotta dalla Rosso d’Oro’. Kemudian, apabila dialih bahasa ke Bahasa Inggeris, ia ditukar menjadi ‘Fantaghiro’ dan diubah lagi menjadi The Cave of The Golden Rose.

Untuk mengembalikan nostalgia kepada anda semua yang mungkin pernah menonton filem ini, kami akan berikan ringkasan 5 siri telemovie cerita ini. Mana tahu, selepas ini bolehlah anda cari DVD cerita ini dan menontonnya semula.

The Cave of The Golden Rose

Kredit foto: Wikipedia

Siri Pertama

Fantaghiro adalah puteri paling bongsu di kalangan tiga adik beradik. Di sebalik wajahnya yang cantik dan juga seorang yang bijaksana, Fantaghiro adalah seorang puteri yang sering mendatangkan masalah kepada ahli keluarganya. Dia seorang yang kuat memberontak, pandai bermain pedang dan adventurous di mana ia menyebabkan ayahandanya yang juga seorang raja sering memarahinya.

Pada suatu hari, ayahanda Fantaghiro mendapat satu jemputan untuk bertarung daripada musuhnya iaitu Raja Romualdo. Ayahanda Fantaghiro merasakan ini adalah satu peluang untuk memperbaiki hubungan dengan musuhnya ini yang sudah lama berlanjutan.

Pada saat ini, ayahanda Fantaghiro merasakan, hanya Fantaghiro sahaja yang sesuai dan layak untuk pertarungan ini dan seterusnya memperbaiki hubungan dua empayar ini.

The Cave of The Golden Rose

Kredit foto: Wikipedia

Siri Kedua

Dalam siri ini, Fantaghiro bakal berkahwin dengan Raja Romualdo. Walaubagaimanapun, perkahwinan mereka terpaksa ditunda kerana telah berlaku satu insiden. Fantaghiro mendapat berita bahawa ayahandanya telah diculik oleh Black Witch yang jahat.

Black Witch telah menuntut agar Fantaghiro dan juga Raja Romualdo akur kepada segala perintahnya supaya ayahanda Fantaghiro boleh dilepaskan. Tetapi, mereka berdua tidak mahu patuh dan Romualdo mengisytiharkan perang terhadap Black Witch. Romualdo telah berangkat bersama para tenteranya dan meninggalkan Fantaghiro yang telah bersumpah untuk tidak akan menghunus pedangnya lagi.

Namun begitu, Fantaghiro terpaksa melanggar sumpahannya sendiri gara-gara Romualdo yang telah dipukau oleh Black Witch. Jadi, Fantaghiro secara bersendirian terpaksa memasuki Dark Kingdom untuk menyelamatkan orang-orang yang disayanginya.

ads-mens-grooming

Baca lagi: 5 Drama Jepun Yang Pernah Digilai Suatu Ketika Dahulu

The Cave of The Golden Rose

Kredit foto: Wikipedia

Siri Ketiga

Untuk siri kali ini pula, cerita ini menampilkan musuh yang berbeza iaitu Tarabas. Tarabas adalah seorang ahli sihir yang jahat dan dia dapat tahu bahawa dia bakal dikalahkan oleh seorang kanak-kanak berumur 10 tahun dan berasal daripada golongan diraja.

Ini menyebabkan Tarabas mahu menculik semua anak-anak keturunan diraja supaya dia dapat tahu bagaimana cara dia akan dikalahkan. Memandangkan anak-anak kakak-kakak Fantaghiro akan menjadi sasaran, dia dan Romualdo berjanji akan melindungi mereka.

Semasa berlawan dengan askar-askar Tarabas, Romualdo telah terjatuh ke dalam sungai sakti di mana dia telah disumpah menjadi batu. Jadi, untuk menyelamatkan Romualdo, Fantaghiro terpaksa mencari dan berdepan dengan Tarabas untuk menyelamatkan kekasihnya.

The Cave of The Golden Rose

Kredi foto: cb01.me

Siri Keempat

Selepas segumpalan awan hitam yang misteri telah memusnahkan istana Fantaghiro, dia telah bekerjasama dengan Putera Parsel untuk menjejaki daripada mana asal-usul awan hitam misteri dan mahu memusnahkannya.

Dalam pengembaraan menjejak pemilik awan hitam misteri itu, Fantaghiro dan Putera Parsel telah bertemu dengan Tarabas. Apabila mengetahui tentang tujuan Fantaghiro, Tarabas telah bersetuju untuk membantunya.

Selain daripada Tarabas, Fantaghiro turut dibantu oleh Puteri Anjelica yang telah jatuh cinta kepada Tarabas.

ads-pomade_updated

The Cave of The Golden Rose

Kredit foto: oocities.org

Siri Kelima

Dalam siri ini, Fantaghiro telah ditangkap oleh Black Witch. Black Witch mahu membunuh Fantaghiro kerana dia mahu mendapatkan kuasanya semula yang telah hilang dalam dua siri sebelum ini.

Semasa Black Witch ingin membunuh Fantaghiro, Fantaghiro tiba-tiba telah menghilang dan menuju ke dunia yang lain di mana dia telah bekerjasama dengan Aries untuk menewaskan puak pemakan daging manusia yang menculik kanak-kanak untuk mendapatkan daging mereka sebagai makanan.

Menurut pandangan peminat-peminat siri telemovie ini, siri ini adalah yang paling mengecewakan berbanding 4 siri sebelum ini.

Penutup

Sebenarnya, selepas siri kelima, cerita The Cave of The Golden Rose ini pernah dirancang untuk mengeluarkan sirinya yang keenam. Walaubagaimanapun, rancangan ini telahpun dibatalkan.

Namun begitu, 5 siri telemovie ini telah mencipta impak yang sangat hebat kepada para penggemar drama televisyen pada tahun 1991 hinggalah 1996. Ramai yang cukup mengagumi kecantikan Fantaghiro dan ramai juga menyukai kekacakkan wajah Romualdo dan juga Tarabas.

Adakah anda masih ingat dengan cerita ini? Ada tak mana-mana babak yang anda ingat dalam 5 siri ini? Jika ada, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen anda dalam ruangan di bawah ye.

Sumber: Wikipedia 

Baca lagi: 5 Drama Aksi Inggeris Yang Masih Diingati Sehingga Kini

Join us_New

3 Comments

  1. abby

    September 25, 2016 at 12:44 AM

    Walaupon watak antagonist.. Tarabas tetap DI hati.. Hihihi

  2. Haslinda

    September 25, 2016 at 7:43 AM

    Mana nak dpt vcd ni yer?

  3. ayu

    October 4, 2016 at 12:16 PM

    betu tu..tarabas tetap dihati walaupun jahat..huhuhuhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.