Masihkah Anda Ingat Backstreet Boys? Di Manakah Mereka Sekarang?

Pada pertengahan tahun 90an dahulu, sebut sahaja nama Backstreet Boys, pasti ramai yang menjerit terutama sekali kaum wanita. Kaum lelaki juga menjerit sekali, tetapi mungkin sedikit perlahan, supaya tidak dilihat seperti gay kerana meminati lelaki. Hahaha.

Kumpulan Backstreet Boys telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan album pertama mereka yang berjudul ‘Backstreet Boys’ telah dijual melebih 1 juta unit. Nama kumpulan ini kekal hangat sehingga tahun 2000 sebelum kemunculan kumpulan-kumpulan muzik baharu yang menyebabkan nama Backstreet Boys semakin tenggelam.

Jadi, pada hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda apakah yang dilakukan sekarang oleh 5 anggota asal Backstreet Boys iaitu Kevin Richardson, A.J Mclean, Howie D, Brian Littrell dan Nick Carter.

backstreet boys

Kredit foto: On Breaking

Kevin Richardson

Beliau adalah ahli kumpulan Backstreet Boys yang paling tua dan kini sudah berusia 45 tahun. Selepas kurang aktif bersama dengan Backstreet Boys, Kevin melibatkan diri dengan menyertai broadway di Chicago selain daripada menjadi model untuk jenama Versace. Kevin juga pernah berlakon dalam sebuah filem indie yang bertajuk ‘The Casserole Club’ di mana melalui filem ini beliau mendapat anugerah pelakon lelaki terbaik. Tak sangka kan? Sudahlah pandai menyanyi, hebat berlakon pula tu.

Kredit foto: etonline.com

A.J. Mclean

A.J lahir pada tahun 1978 dan beliau dikatakan sebagai bad boy dalam kumpulan Backstreet Boys. Selepas sunyi sepi tanpa berita bersama dengan kumpulan ini, A.J sebenarnya sedang melalui saat sukar untuk menewaskan ketagihannya terhadap dadah. Namun begitu, selepas hidupnya bebas dari dadah, A.J menjadi artis solo dan menggunakan nama Johnny NoName sebagai alter egonya ketika membuat persembahan. A.J sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Baca lagi: Bagaimana Seorang Penjual Botol Boleh Menjadi Vokalis Band Journey – Inilah Kisah Arnel Pineda

Kreedit foto: Pop Crush

Howie D

Lelaki berdarah kacukan latin dan irish ini pernah mengeluarkan album solonya yang pertama pada tahun 2011. Selain itu, Howie D juga sangat aktif dalam bidang perniagaan di mana beliau bersama dengan abangnya ada menubuhkan sebuah syarikat yang menumpukan kepada pembinaan hartanah di mana syarikatnya membina kondominium dan hotel. Kini, Howie D sudah berusia 43 tahun dan beliau juga pernah berlakon dalam beberapa filem seperti di dalam filem ‘Parenthood’ dan juga ‘Cop and a Half’.

Kreedit foto: Billboard

Brian Littrell

Brian Littrell boleh dikatakan sebagai ahli Backstreet Boys yang mempunyai suara paling mantap. Selepas kurang aktif dengan Backstreet Boys, Brian yang juga seorang pengamal agama Kristian yang kuat, beliau telah aktif menghasilkan album yang berfokuskan kepada agama Kristian. Album lagu bergenre agama yang dihasilkan Brian mendapat sambutan hangat dan berada dalam carta top 5 album-album agama Kristian. Brian juga pernah berdepan masalah kesihatan berkaitan suaranya yang dipanggil dysphonia dan dystonia.

Kredit foto: PopSugar

Nick Carter

Inilah dia mamat paling jambu dalam Backstreet Boys iaitu Nick Carter. Tetapi, sekarang ini Nick Carter tidak ‘jambu’ lagi kerana sudah berusia 36 tahun. Selepas tidak aktif bersama Backstreet Boys, Nick boleh dikatakan agak berjaya bergerak sebagai artis solo. Album solonya iaitu ‘Now or Never’ telah menjadi hit dan berada dalam carta ‘Billboard 200’ pada tahun 2002. Beliau juga ada terlibat dalam rancangan realiti di mana kehidupan Nick bersama-sama dengan ahli keluarganya direkodkan dalam rancangan bernama ‘House of Carters’.

Album terakhir yang dikeluarkan oleh Backstreet Boys ialah ‘In a World Like This’ di mana ia dilancarkan pada tahun 2013. Album ini juga dihasilkan bersempena dengan ulangtahun ke 20 Backstreet Boys ditubuhkan. Walaupun kumpulan ini semakin dilupakan dan kurang terkenal pada masa kini, tetapi nama Backstreet Boys tetap terpahat di dalam hati bagi mereka yang bergelar remaja pada tahun 1990 sehingga 2000. Betul tak?

Baca lagi: 5 Pemain Gitar Terhebat Sepanjang Zaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *