Masih Rasa Ravers Tu Tak Bagus? Mungkin Anda Perlu Baca Cerita Ini Dahulu

Complex Regional Pain Syndrome

Gabby J. David adalah seorang penari ravers yang hebat dan dalam masa yang sama menderita penyakit Complex Regional Pain Syndrome atau singkatannya CRPS. Ia adalah sejenis penyakit kronik yang ramai orang tidak tahu, termasuklah para doktor.

Disebabkan kurang kesedaran tentang penyakit ini, Gabby disahkan menghidapi penyakit ini di mana ia berpunca daripada satu kemalangan yang berlaku pada tahun 2014.

Kredit foto: Bunny Boi Productions

Kredit foto: Bunny Boi Productions

Pada ketika itu, Gabby sedang melakukan latihan raptai untuk pertandingan menari peringkat kebangsaan apabila beliau mendengar bunyi retakan pada kakinya. Gabby tidak tahu apa yang sedang berlaku tetapi beliau terasa sangat sakit.

Namun begitu, Gabby tidak mahu berjumpa dengan doktor pada ketika itu dan tidak mahu terlepas pertandingan ini. Gabby mengabaikan kesakitan yang dialaminya dan terus menari seperti biasa.

Baca lagi: Masihkah Anda Ingat Cerita The Cave of The Golden Rose?

ads-beard-oil-with-azrel

Tersalah Diagnosis

Selepas tamat pertandingan menari peringkat kebangsaan, kakinya mula lebam dan membengkak. Akibatnya, Gabby tidak boleh berjalan. Beliau dibawa ke hospital dan telah tersalah diagnos sebagai terseliuh sahaja. Selama 8 bulan Gabby menderita dengan diagnosis yang salah ini dan penyakitnya tidak sembuh-sembuh juga.

Sementara ibu Gabby cuba mencari doktor pakar yang lebih arif tentang kesakitan yang dialami Gabby, beliau telah mengalami kemurungan yang sangat teruk. Masa depannya telah musnah di depan matanya sendiri.

Kredit foto: Youtube

Kredit foto: Youtube

Gabby terpaksa melepaskan biasiswa yang diterimanya dari sebuah sekolah seni di Los Angeles. Beliau juga ditinggalkan oleh rakan-rakan penarinya yang lain yang tidak mahu mengambil peduli tentang penderitaan yang dialami Gabby kerana ia tidak bermanfaat kepada mereka.

Perkara ini menyebabkan Gabby menjadi semakin murung sehinggakan beliau sanggup makan 3 bar Xanax iaitu sejenis dadah yang berfungsi untuk memberikan ketenangan kepadanya.

Namun begitu, Gabby beruntung kerana mempunyai teman lelaki yang baik hati di mana teman lelakinya sentiasa menemani Gabby untuk melalui saat-saat yang sukar ini. Teman lelaki Gabby  sering mendorong beliau untuk keluar daripada dunia kemurungan ini.

Berita Baik

Setelah hampir setahun menderita dengan diagnosis yang salah, pada bulan Februari 2015, barulah Gabby mendapat diagnosis yang tepat. Seorang doktor pakar ortopedik telah mengesahkan bahawa Gabby menghidapi CRPS.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

 

Doktor tersebut mengatakan, walaupun kemurungan yang dialami oleh Cabby itu sesuatu yang tidak baik, tetapi ia telah membantu Cabby mendapat rehat yang cukup berbulan-bulan lamanya di rumah dan itulah sebenarnya cara yang sebetul-betulnya untuk sembuh daripada penyakit CRPS ini.

Gabby berasa sangat gembira dengan berita ini kerana beliau akhirnya dapat menari semula. Cuma, beliau menjadi sedikit runsing memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan duit untuk membayar kos rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya.

Ravers Datang Membantu

Jadi, untuk menanggung kos rawatannya, Gabby cuba mencari komuniti-komuniti ravers – dunia yang disertainya sejak beliau berusia 16 tahun lagi. Gabby sebenarnya pandai membuat barang perhiasan diri dan beliau sering menjualnya kepada ahli keluarganya dan juga rakan-rakan ravers beliau. Jadi, beliau telah menghasilkan kedai online yang dipanggil ‘Feeling of Divinity’ di mana beliau akan menjual koleksi-koleksi perhiasannya di sini.

Kredit foto: Bunny Mast

Kredit foto: Bunny Mast

Gabby telah mempromosikan kedai onlinenya di beberapa halaman di internet contohnya di IheartEDM, Raveselfies dan juga EDMHumor. Apa yang mengejutkan ialah, kedai online Gabby ini telah mendapat respon yang sangat memberangsangkan!

Halaman Instagram peribadi Gabby dan juga kedai online beliau telah berkembang pesat dalam masa beberapa bulan sahaja. Sambutan yang hangat terhadap barang-barang jualannya telah membantunya mengumpulkan dana untuk membayar kos rawatannya.

Akhirnya, pada bulan September 2015, Gabby disahkan bahawa beliau sudahpun bebas daripada penyakit CRPS ini. Kini, Gabby boleh kembali aktif dalam dunia tariannya.

ads-pomade_updated

Masa Depan Kembali Cerah

Apabila Gabby semakin sembuh dan kembali aktif menari, beberapa syarikat dan laman web yang berteraskan EDM (Electronic Dance Music) telah mengongsikan video-video tarian ravers beliau yang lama di internet dan sudi membayar Gabby komisen untuk menghasilkan lebih banyak video tarian raversnya.

Malah, nasib Gabby menjadi bertambah baik apabila beberapa DJ terkenal seperti DJ Chris Lake dan DJ Oskar Wylde mengajaknya berkolaborasi untuk menghasilkan video muzik setelah terinspirasi dengan kisah yang dialami oleh Gabby.

Kredit foto: Insomniac

Kredit foto: Insomniac

Gabby agak terkejut dengan impak-impak positif yang diterimanya sebaik sahaja sembuh daripada CRPS ini. Namun begitu, perkara yang benar-benar memberi kesan kepadanya ialah apabila ramai orang mula menghubunginya melalui Instagram meminta nasihat dan dorongan kerana mereka turut mengalami CRPS seperti Gabby.

Gabby pernah menerima satu mesej daripada seorang budak perempuan yang mengatakan dia sedang mengalami CRPS dan berasa sangat murung dengan nasib yang menimpanya. Jadi, apa yang Gabby buat ialah beliau memberinya dorongan setiap hari di samping memberitahunya apakah ubat-ubat yang perlu dia makan.

Budak perempuan itu sentiasa memberitahu perkembangannya dari semasa ke semasa dan akhirnya dia juga kembali sembuh dan mampu bergerak aktif semula. Perkara begini sangat menggembirakan Gabby kerana beliau kini mampu menjadi inspirasi kepada orang ramai di luar sana yang sedang kemurungan dalam mendepani masalah CRPS ini.

Semangat Positif Ravers

Bagi Gabby, beliau berasa sangat bersyukur kerana berada dalam komuniti ravers ini. Walaupun beliau tidak pernah bertemu dengan mereka, dan hanya berkomunikasi melalui internet sahaja, tetapi komuniti ravers ini tidak pernah berhenti menghantar kata-kata dorongan dan semangat semasa beliau berusaha keluar daripada kemurungan akibat CRPS.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Kini, Gabby sudah kembali aktif dalam dunia tarian raversnya dan beliau sering berkongsi dengan peminatnya video-video tarian dan juga tutorialnya di internet. Beliau juga bercadang mahu membuat blog tentang CRPS agar tiada sesiapa lagi yang akan tersalah diagnosis dan menderita lama sepertinya.

Walaupun komuniti-komuniti ravers ini kadangkala dipandang jelik oleh orang lain, bagi Gabby, kumpulan-kumpulan ini sebenarnya mempunyai hati yang sangat baik dan memiliki semangat positiviti yang sangat tinggi.

Jadi, siapa kata ravers tu tak bagus hah?

Sumber: Insomniac

Baca lagi: 5 Lagu Yang Patut Anda Dengar Untuk Menjadi Lebih Bermotivasi dan Bersemangat

Join us_New

1 Comment

  1. studentsir

    January 18, 2017 at 4:02 PM

    boek laa..lepas ni sye x kecam dah adek sye sbb dye dak-dak ravers gak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *