3 Cara Bagaimana Nak Menghilangkan Masalah Mulut Berbau Dengan Berkesan

Adakah anda rasa selesa jika mulut anda berbau? Setiap kali anda membuka mulut untuk bercakap dengan kawan-kawan anda, bau yang kurang enak akan menusuk masuk ke dalam hidung mereka. Bau itu mampu membuatkan mereka terasa loya. Ini menyebabkan kawan-kawan anda cuba mengelak untuk bersembang dengan anda disebabkan masalah ini. Ini menyebabkan anda menjadi rendah diri dan malu untuk bertemu dan bercakap dengan mereka.

Kredit: chianesedental.com

Apakah faktor utama yang boleh menyebabkan mulut anda berbau? Menurut saintis dari Jepun, faktor utama berlakunya bau mulut adalah berpunca daripada lidah anda. Lidah memiliki hamparan yang luas dalam mulut yang boleh memerangkap bakteria yang menyebabkan mulut berbau.

Jadi, kami di Mensive ingin berkongsi dengan anda 3 cara bagaimana nak menghilangkan masalah mulut berbau agar anda tidak malu untuk bersembang dengan orang lain.

1. Bersihkan lidah anda

Kredit: www.newheatlhadvisor.com

Anda boleh gunakan berus gigi anda untuk menggosok bahagian lidah agar bakteria-bakteria yang terkumpul di lidah anda berjaya dihapuskan. Walaubagaimanapun, untuk lebih berkesan, anda boleh gunakan tounge scrapper yang mampu menghilangkan lebih banyak bakteria berbanding berus gigi.

2. Gosok dan flos gigi dua kali sehari

Kredit: tw.daliulian.net

Sebaik-baiknya, amalkan untuk gosok dan flos gigi anda dua kali sehari. Anda boleh lakukannya sekali disebelah siang dan sekali disebelah malam sebelum tidur. Tetapi, untuk hasil yang lebih baik, anda boleh gosok gigi 3 kali sehari yang mampu memberi kesegaran kepada mulut dan menghilangkan masalah mulut berbau.

3. Jangan biarkan mulut kering

Kredit: authoritynutrition.com

Amalkan minum air kosong secara kerap agar mulut anda berada dalam keadaan lembap. Ini membantu penghasilan air liur yang boleh menghapuskan bakteria yang wujud di dalam mulut anda. Kalau tak nak minum sekalipun, berkumurlah supaya mulut anda tidak kering dan tidak menghasilkan bau yang kurang enak.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang berdepan masalah mulut berbau. Jika anda rajin amalkan tip-tip ini, pasti kawan-kawan anda takkan melarikan diri apabila berborak dengan anda kerana mulut anda kini lebih segar dan berbau harum.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *