3 Tip Atasi Masalah Kesan Peluh Pada Baju Di Bahagian Ketiak

Apabila anda angkat tangan anda, maka ternampaklah kesan peluh pada baju di bahagian ketiak anda. Orang-orang yang ada di sekeliling anda perasan akan kesan peluh di ketiak tu. Apa anda rasa ketika itu? Malu atau tidak?

Kesan peluh yang terlihat pada baju di bahagian ketiak anda sememangnya akan mendatangkan rasa tidak selesa terutama sekali apabila orang lain pun boleh nampak. Ini juga akan menimbulkan tanggapan bahawa badan anda berbau masam.

Selain itu, kesan peluh pada baju di bahagian ketiak anda juga boleh menyebabkan anda hilang rasa keyakinan pada diri sendiri. Anda juga akan cenderung untuk memakai baju warna gelap sahaja seperti warna hitam agar tidak nampak kesan peluh.

Sebab itulah kami di Mensive ingin cuba membantu anda mengatasi masalah ini. Nama pun Portal Lelaki Urban kan? Jadi kami nak bantu anda menjadi lelaki urban yang hebat dan tidak lagi menghadapi masalah ini.

1. Pakai baju dalam

Kredit: petergeyersteakhouse.com

Pakai baju dalam lelaki ya, bukan baju dalam wanita. Memakai baju dalam boleh menghalang peluh daripada menembusi lapisan baju di sebelah luar. Andainya anda memilih baju dalam yang berkualiti tinggi, sedikit peluh pun tidak akan kelihatan di lapisan baju di sebelah luar terutama sekali di bahagian ketiak.

2. Kurangkan makanan pedas dan kafein

Kredit: authoritynutrition.com

Mungkin anda adalah penggemar tegar makanan pedas dan minuman berkafein, tetapi demi menyelamatkan maruah diri disebabkan kesan peluh pada baju di bahagian ketiak, apa kata cuba kurangkan pengambilan makanan pedas dan minuman berkafein. Makanan pedas dan kafein akan menggalakkan lagi penghasilan peluh secara berlebihan.

3. Gunakan deodorant yang sesuai

Kredit: www.sheknows.com

Untuk atasi masalah ini, anda juga boleh cuba menggunakan deodorant yang sesuai, sesuai ya, bukan sebarangan. Ini kerana, penggunaan deodorant yang tak sesuai akan menyebabkan kesan peluh masih kelihatan dan ada juga yang boleh menghilangkan kesan peluh tetapi menyebabkan badan anda pula berbau. Jadi, cuba cari dan guna deodorant yang sesuai agar dapat mengatasi masalah ini.

Kami berharap dengan 3 tip ini dapat membantu anda mengatasi masalah kesan peluh pada baju anda di bahagian ketiak anda. Semoga dengan mengamalkan tip ini, dapat bantu anda menjadi lelaki urban yang lebih yakin apabila berdepan dengan orang ramai.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *