8 Punca Berlakunya Masalah Keguguran Rambut

Rambut gugur oh rambut gugur. Tanyalah semua lelaki, boleh dikatakan majoriti lelaki akan takut dengan masalah keguguran rambut ini. Kewujudan ‘pulau’ di kepala pasti mendatangkan rasa tidak senang dalam diri dan juga boleh menyebabkan hilang keyakinan diri.

Lelaki, sama sahaja seperti wanita. Jika wanita mengatakan rambut mereka adalah mahkota, begitu juga lelaki. Memiliki rambut yang lebat, hitam dan bersinar sememangnya idaman seorang lelaki. Tanpanya, ibarat tidak lengkap diri bergelar lelaki.

Oleh itu, kami di Mensive ingin berkongsi dengan anda, kaum adam, tentang punca-punca berlakunya masalah keguguran rambut ini. Mungkin pada waktu rambut anda banyak dan sihat anda tak pernah ambil kisah pun tentang hal ini. Tetapi, apabila ianya terjadi, ia ibarat satu malapetaka yang besar. Jom kita baca punca-puncanya.

 

1. Genetik

1 genetic

Masalah keguguran rambut boleh dikaitkan dengan genetik yang dimiliki oleh anda. Tidak kira sama ada ia adalah genetik daripada ibu atau bapa anda, jika salah seorang atau kedua-duanya dalam keluarga mereka ada masalah keguguran rambut, maka kemungkinan besar anda juga akan hadapi masalah ini.

 

2. Umur

2 aged

Apabila umur anda semakin bertambah, sama ada anda suka ataupun tidak, potensi untuk anda hadapi masalah keguguran rambut adalah tinggi. Ini terjadi kerana badan semakin kekurangan nutrisi untuk membantu penghasilan rambut yang baru dan kuat.

 

3. Anak

3 kid

Jika anda adalah seorang bapa, faktor anak yang semakin ramai akan menjadi punca kenapa rambut anda gugur. Rambut gugur terjadi gara-gara berlakunya tekanan untuk menguruskan perihal anak-anak. Itu belum campur lagi urusan kerja kan? Mesti lagi stres.

 

4. Diet

4 diet

Gaya pemakanan juga boleh menjadi punca mengapa anda mengalami masalah keguguran rambut. Contohnya, jika anda sangat kerap minum minuman berasaskan kafein, ini akan menyebabkan berlakunya masalah keguguran rambut. Jadi, sila jaga pemakanan anda jika mahu elakkan masalah ini daripada berlaku.

hair tonic

5. Merokok

5 smoking

Turut menjadi punca mengapa berlakunya keguguran rambut. Kenapa merokok boleh buat rambut gugur? Ini kerana ia boleh mengganggu kelancaran darah serta mengurangkan nutrisi yang membantu menghasilkan rambut yang kuat dan sihat.

 

6. Penyakit kulit

6 scalp

Penyakit kulit juga boleh menjadi punca berlakunya masalah keguguran rambut. Kewujudan penyakit kulit di kulit kepala akan menyebabkan ia menyerang akar rambut dan mengakibatkan rambut menjadi rosak lalu gugur. Andainya tidak diubati segera, rambut akan gugur dengan banyak.

 

7. Stres

7 stress

Tidak kira sama ada stres di tempat kerja atau di rumah, stres dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja, andainya anda tidak mengawalnya dengan baik, bersiap sedialah untuk kehilangan rambut anda.

 

8. Hormon

8 hormon

Bagi lelaki, memiliki hormon testosteron pada tahap yang baik adalah sangat penting. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan anda menghadapi masalah keguguran rambut. Jadi, pastikan anda mengambil makanan-makanan yang boleh membantu mengekalkan hormon testosteron pada tahap yang baik.

 

Kami di Mensive sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kaum lelaki yang berdepan dengan masalah keguguran rambut ini. Oleh kerana itu, kami telah menghasilkan Mensive Hair Tonic untuk membantu. Mensive Hair Tonic adalah tonik berasaskan air dan menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti apple stemcell, ginseng, kaffir lime, menthol crystal, avocado oil, virgin coconut oil, jojoba oil dan nutmeg oil untuk membantu memelihara dan melindungi rambut disamping merangsang penumbuhan rambut baru yang sihat dan kuat. Selain itu, Mensive Hair Tonic juga membantu untuk mengelakkan wujudnya ‘pulau’ di atas kepala anda.

Andainya anda ada masalah keguguran rambut, apa kata anda cuba gunakan produk Mensive Hair Tonic ini. Ia memberi kesan seawal 10 hari dan jika anda menggunakannya secara konsisten selama 30 hari, anda akan lihat rambut anda kembali tumbuh dan lebih sihat berbanding sebelum ini. ‘Pulau’ di kepala juga pasti akan hilang dengan bantuan Mensive Hair Tonic ini.

 

*sumber gambar dari Google

Join us_New

2 Comments

  1. Ashrin

    July 2, 2016 at 12:51 PM

    I am interested to know more.

  2. Content Writer

    July 2, 2016 at 7:38 PM

    This site was… how do I say it? Relevant!! Finally I’ve
    found something which helped me. Appreciate it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *