Mari Kita Lihat Senarai Nama Muzik Video Paling Ramai Ditonton Tahun 2016

The Telegraph

Youtube merupakan satu medium yang amat laju perkongsiannya, Youtube di antara aplikasi paling popular abad ini. Dicipta oleh  3 orang rakan Paypal dan bermula pada tahun 2005 sehingga kini dijadikan sebagai tempat dunia berkongsi bermacam-macam cerita.

Bertempatan dengan jenama Youtube di bawah mereka merupakan satu jenama Vevo yang telah melancarkan carta muzik video bagi tahun 2016 dan merupakan tahun yang besar buat penyanyi, Justin Bieber, yang mana lagu berjudul “Sorry” menjadi nombor satu dengan 1.8 billion jumlah penonton.

Bieber, yang baru-baru ini dicalonkan bagi anugerah grammy, ada 3 lagu di dalam 10 carta muzik video terbaik iaitu “What Do You Mean” dan “Love Yourself” yang masing-masing berada di tangga kelima dan keenam.

Bagi tempat nombor dua jatuh kepada muzik video Adele berjudul “Hello”, manakala Calvin Harris, Fifth Harmony, Drake, Rihanna dan Mark Ronson tidak jauh ketinggalan. Lihat senarai penuh lagu di bawah:

Justin Bieber – “Sorry (PURPOSE : The Movement)” – 1,824,823,909
Adele – “Hello” – 1,255,754,358
Fifth Harmony – “Work from Home” – 1,173,014,751
Calvin Harris – “This Is What You Came For (Official Video)” – 1,008,115,358
Justin Bieber – “What Do You Mean?” – 1,002,151,667
Justin Bieber – “Love Yourself (PURPOSE : The Movement)” – 966,846,883
Drake – “Hotline Bling” – 899,014,469
Mark Ronson – “Uptown Funk” – 825,589,463
Rihanna – “Work (Explicit)” – 800,984,121
The Chainsmokers – “Closer (Lyric)” – 776,806,154

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *