(Bola Sepak) 5 Sebab Mengapa Manchester United Mahukan Paul Pogba

Paul Pogba, bintang bola sepak yang sedang meningkat naik dan berasal dari Perancis ini menjadi buruan kelab-kelab bola sepak ternama terutama sekali Real Madrid dan Manchester United. Dikatakan, harga perpindahan Paul Pogba kini sudah mencecah 100 juta Pound.

Kredit foto: www.irishmirror.ie

Paul Pogba sebelum ini pernah beraksi dengan Manchester United pada musim 2011 – 2012. Walaubagaimanapun, beliau telah dijual kepada Juventus pada tahun 2012.

Disebabkan aksi cemerlang beliau bersama Juventus, Manchester United yang kini dibimbing oleh bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho, cuba berusaha untuk mendapatkan bintang muda berbakat besar ini.

Menurut Sky Sports, terdapat 5 sebab mengapa Manchester United mahukan Paul Pogba.

Kredit foto: tribune.com.pk

1. Memiliki kualiti sebagai pemain bintang

Paul Pogba hanya sempat beraksi 7 kali sahaja bersama Manchester United di bawah kendalian Alex Ferguson sebelum berpindah ke Juventus. Sewaktu mewakili Juventus, Paul Pogba telah menunjukkan aksi yang cemerlang di mana beliau telah membantu Juventus bergelar juara liga Serie A sebanyak 4 kali, juara Coppa Italia 2 kali dan juara Supercoppa Italiana 2 kali. Selain itu, Paul Pogba turut menerima anugerah Golden Boy and Bravo di samping tersenarai di dalam FIFA FIFPro World XI dan UEFA Team Of The Year 2015.

2. Penyelesai masalah

Semasa Manchester United di bawah bimbingan Van Gaal musim lepas, M.U hanya berada di tempat kelima Liga Perdana Inggeris. Selain itu, penilaian prestasi M.U menunjukkan kelab ini mempunyai masalah tidak mampu menjaringkan lebih banyak gol, kurang sepakan tepat ke gol, kurang assists, masalah menggelecek dan seringkali gagal dalam perebutan bola di udara. Manchester United percaya, dengan kemasukan Paul Pogba, masalah ini dapat diselesaikan kerana ia telah dibuktikan dengan prestasi cemerlang Pogba sepanjang berada di Juventus.

Kredit foto: talksport.com

3. Mahukan yang pakar

Sewaktu Manchester United dibimbing oleh Van Gaal, beliau telah meletakkan pemain-pemain di posisi yang tidak sepatutnya dan menyebabkan pemain-pemain ini gagal memberikan yang terbaik. Bintang terkenal M.U iaitu Wayne Rooney adalah antara mangsa keadaan ini. Beliau diletakkan di bahagian tengah sedangkan beliau sepatutnya beraksi di bahagian serangan. Kedatangan Pogba akan memberi kekuatan kepada bahagian tengah M.U di samping ia akan meletakkan semula Rooney di posisi asalnya. Pogba memiliki kepakaran sebagai defensive midfielder di mana dia telah melakukan 12 assists sepanjang 3019 bermain dengan Juventus musim lepas.

4. Memiliki ketinggian yang diperlukan

Semasa mewakili Juventus, rekod menunjukkan Paul Pogba akan memenangi 2 kali perebutan bola di udara di mana ia adalah 2 kali lebih banyak berbanding pemain tengah lain di Serie A. Dengan ketinggian 6 kaki 3 inci, beliau dapat membantu barisan pertahanan Manchester United dan juga mampu menggugat pertahanan lawan apabila berada di bahagian serangan.

Kredit foto: www.dailymail.co.uk

5. Pogba pemain yang hebat

Pada musim 2011 – 2012, semasa Pogba masih berada di Manchester United, tiada siapa yang mampu melihat sinar kehebatannya. Tetapi, apabila Pogba berhijrah ke Juventus, beliau telah membuktikan siapa dirinya yang sebenar. Bakatnya yang selama ini terpendam di Manchester United, berjaya ditonjolkan dengan begitu baik semasa beraksi dengan Juventus. Kualiti yang dimiliki oleh Paul Pogba turut dapat dibuktikan apabila beliau kena diletakkan tanda harga yang bernilai 100 juta Pound.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *