Malaysia Ungguli Tangga Kedua Dalam Senarai ‘Pekerja Paling Tidak Bahagia’ Di Asia

Malaysia jatuh di tempat kedua menduduki carta pekerja paling tidak bahagi dengan mengalahkan negara Singapura.

malaysia-kuala-lumpur

www.jll.com.my

Berdasarkan kaji selidik yang dibuat JobStreet.com, ternyata Malaysia mengungguli tempat kedua dalam senarai ‘pekerja paling tidak bahagia’ di Asia selepas Singapura

Kajian ini telah dibuat ke atas seramai lebih 67,000 responden dari 7 negara Asia dengan skala point dari 1 hingga 10. Nampaknya Singapura berada di tangga pertama dengan jumlah point 5.09, kemudiannya diikuti oleh Malaysia dengan jumlah point 5.22.

Seterusnya, diikuti dengan negara Vietnam, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan Filipina. Ini sekaligus menobatkan Filipina sebagai negara Asia yang mencatatkan rekod pekerja paling bahagia di Asia.

1ae5

Dilaporkan terdapat beberapa faktor tertentu yang mempengaruhi hasil kajian tersebut. Faktor-faktor tersebut adalah seperti di bawah:

2d6c

Dapat dilihat faktor utama penyumbang kepada hasil kajian tersebut adalah keselesaan tempat kerja. Ini menunjukkan ramai di antara kita berasa kurang selesa berada di tempat kerja. Faktor kedua adalah hubungan baik sesama rakan sekerja dan akhir sekali ialah reputasi sesebuah syarikat.

ads-facial-bar

Faktor lain adalah gaji, benefits, kepimpinan, perkembangan karier, keselamatan, budaya, nilai korporat, training, jadual kerja dan immediate superior.

Menurut responden dari negara Singapura, untuk meningkatkan kebahagiaan dalam bekerja adalah dengan memperoleh pekerjaan baru, mempunyai gaji yang lebih tinggi dan menerima pengiktirafan di dalam syarikat.

Anda pula bagaimana? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

BACA: Lelaki Ini Sanggup Belanja RM100 Ribu Untuk Dapatkan Wajah David Beckham!

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *