Makanan Tambahan Atau Supplement. Diperlukan Atau Tidak?

Telah berlaku satu perbalahan di sosial media tentang keperluan mengambil makanan tambahan atau supplement. Hal ini timbul setelah seorang dua doktor pakar dari hospital di Malaysia tampil menjelaskan bahawa makanan tambahan boleh menyebabkan buah pinggang dan hati gagal berfungsi dengan baik. Kenyataan doktor ini telah mendapat banyak ‘retweet’ di Twitter sehinggakan ada yang menyebarkannya di sosial media yang lain.

Dari segi perubatan, langkah ini dianggap bagus kerana doktor-doktor kini mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada semua tentang kebaikan dan keburukan pengambilan supplement.

Namun begitu, timbul lagi satu kenyataan berbalas dari seorang doktor yang mempunyai klinik di Melaka. Beliau tampil menjelaskan bahawa supplement perlu diambil dibawah pengawasan ahli perubatan yang bertauliah. Dan saya bersetuju dengan kenyataan yang ini.

Jadi, mengapa kita perlu mengambil supplement tambahan, selain amalan pemakanan yang sihat?

Pertama sekali kita perlu menyemak sama ada pemakanan sehari-harian kita seimbang atau tidak. Seimbang ini antara lain membawa maksud, cukup nutrisinya dengan kadar pengambilan sayur dan buah-buahan yang melebihi dari karbohidrat dan protein. Jika, pengambilan makanan kita tidak seimbang, masakan tubuh badan kita dapat menyerap nutrisi yang mencukupi?

Oleh sebab inilah supplement tambahan diperlukan oleh tubuh badan kita. Alasan kukuh antara lain adalah :

  • Supplement melengkapkan nutrisi yang diperlukan badan untuk sehari.

Mengikut faktor persekitaran, kadangkala tubuh badan kita memerlukan nutrisi atau dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita dapat dari pemakanan seharian kita. Vitamin E dan Vitamin C boleh didapati dari sumber buah-buahan seperti delima dan lemon. Namun, ini tidak mencukupi untuk tubuh kita tercegah dari sebarang penyakit dan menjadi anti penuaan.

  •  Produk GMO dan makanan yang disembur racun perosak.

GMO adalah singkatan bagi Genetically Modified Organism yang membawa maksud kacukan DNA dalam beberapa tumbuhan dan haiwan. Seperti contoh jagung. Jagung yang dijual di pasaran kini kebanyakannya telah dikacuk dengan beberapa spesis yang mana jagung ini tampak sempurna tanpa ada cacat cela.

Satu lagi yang menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan cantik dan segar tanpa ada cacat cela adalah dengan penggunaan racun perosak. Kelebihannya adalah kita sebagai pengguna dapat menyedapkan mata melihat bahan makanan yang kita beli itu tiada cacat cela. Namun, ini memperngaruhi kualiti dan zat yang ada pada buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut. Malah, membahayakan kesihatan si pemakan.

Kredit : Celik Vitamin

  • Nutrisi makanan senang hilang

Proses penyediaan sesuatu makanan juga mempengaruhi kandungan nutrisi yang ada pada bahan makanan tersebut. Sebagai contoh santan dari kelapa. Jika dipanaskan dan dimasak dengan suhu yang terlampau panas, nutrisi dalam santan tersebut akan hilang dan enzimnya mudah dimusnahkan. Ini bakal mengurangkan khasiat yang terdapat dalam makanan tersebut. Begitu juga dengan proses pengangkutan dan penyimpanan makana yang serba sedikit mempengaruhi khasiat yang terkandung dalam makanan.

  • Ubat-ubatan vs Supplement

Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi kadar dadah terkawan seperti pil penahan sakit dan antibiotik akan mengganggu badan dalam proses penyerapan khasiat dalam makanan. Kerana inilah ramai yang beralih untuk mencegah dari terkena sebarang penyakit yang akhirnya membawa kepada pengambilan ubat yang memberi kesan kepada badan.

  • Gaya hidup tidak sihat

Kesibukan di kota membuatkan ramai yang mengambil langkah singkat dalam kehidupan seharian mereka. Akibat kesuntukan masa, mereka lebih gemar memilih ‘fast food’ sebagai makanan kerana ini menjimatkan masa, tenaga, murah dan sedap.

Bagi mereka yang bekerjaya, mereka lebih gemar membeli lauk-pauk yang telah dimasak di restoran luar untuk dibawa pulang ke rumah. Mereka tidak sedar cara penyediaan makanan dan bahan-bahan makanan itu sihat atau tidak, berkhasiat atau tidak. Kekurangan senaman, merokok dan kerap minum alkohol juga menyebabkan nutrisi dalam badan berkurangan.

Kredit : Google

 

Kredit : Healthy Food

  • Mencegah lebih baik dari mengubati

Pengambilan supplement dalam kadar yang dikawal dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal seperti sakit jantung, kanser, diabetis dan sebagainya. Ini merupakan langkah pertama yang proaktif jika amalan gaya hidup dan pemakanan yang sihat tidak dapat diamalkan.

Antara lain adalah kerana kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar yang melemahkan sistem antibodi badan. Ia menyebabkan kita mudah dijangkiti penyakit. Maka, pengambilan supplement amatlah digalakkan.

Nasihat saya, pengambilan supplement ini dapat membantu kita mengekalkan kesihatan sekiranya pengambilannya diawasi oleh ahli perubatan yang berdaftar. Bersederhanalah dalam setiap perkara.

Baca lagi : Kebakaran Meletus Api Marak Memakan Blok Apartment Di London

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *