Makanan Sihat Tingkatkan Imunisasi

tea-and-citrus-flavonoids-may-lower-ovarian-cancer-risk_strict_xxl

Sistem imun adalah sistem daya tahan penyakit. Imun berfungsi menyerang bakteria dan virus jahat yang cuba membiak dalam badan manusia.

Selain faktor cuaca yang tidak menentu ketika ini, pencemaran udara, kurang tidur, dan stres juga boleh menyebabkan manusia mudah menghidap demam, selesema dan batuk.

Oleh itu, cuba ambil beberapa zat tambahan daripada makanan atau minuman untuk meningkatkan daya tahan imunisasi anda.

Berikut adalah beberapa makanan yang boleh membantu anda meningkatkan sistem imunisasi bagi melawan penyakit.

ads-beard-oil-with-azrel

1. Brokoli

Brokoli merupakan tanaman sayuran yang termasuk dalam spesies kubis-kubisan. Ia mengandung nutrisi, flavonoid dan serat.

Seperti yang diketahui, serat diperlukan oleh tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan bagi mengelakkan sembelit.

Selain itu, brokoli juga kaya akan provitamin A atau karotenoid, vitamin E, asid folat, dan vitamin C.

Ada beberapa cara untuk menikmati brokoli seperti rebusan, dijadikan salad atau dicampurkan bersama sayuran lain untuk dibuat sup.

two-heads-of-broccoli

Medical News Today

2. Bawang Putih

Bawang putih digunakan hampir setiap masakan di Malaysia. Bahan ini sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana dapat membantu sistem pernafasan dan memperbaiki sistem penghadaman.

Satu kajian menemui bahawa pengambilan bawang putih pada setiap hari boleh dikurangkan kadar jangkitan penyakit selesama sebanyak 61 peratus.

Oleh itu, sekiranya mengalami masalah demam ataupun selesema, anda digalak untuk memasukkan bawang putih sebagai salah satu bahan  dalam makanan.

bwg-pth

www.bawangputih.org

3. Buah- buahan citrus

Antara khasiat penting yang terdapat dalam buah-buahan ialah kandungan serat yang dapat membantu pencernaan.

Antara buah-buahan citrus yang kaya dengan serat ini ialah oren, lemon, limau, dan tangerin.

Mengambil dua atau empat biji buah itu sehari dapat menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser.

tea-and-citrus-flavonoids-may-lower-ovarian-cancer-risk_strict_xxl

SuperNifz

Tiram

Sebagai makanan laut, tiram atau oyster menawarkan sejuta kelazatan bagi pencinta spesies itu.

Tiram adalah salah satu makanan yang sarat dengan pelbagai nutrisi dan membantu dalam meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh.

Sebagai sumber protein yang tinggi dan rendah kadar lemak, makanan laut ini baik bagi kesihatan secara keseluruhannya.

gizi-tiram

Infiline

Itu antara beberapa makanan yang boleh meningkatkan imunisasi seseorang, mungkin dengan makan makanan yang telah disenaraikan anda boleh menahan dari terkena penyakit berjangkit seperti batuk dan demam? Komen di bawah.

Sumber: Kosmo

BACA: Mata Yang Sihat & Menarik

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.