Makan Di Luar Secara Sihat

Makan Di Luar Secara Sihat

Kuali

Rutin makan di luar rumah kerap ditafsir sebagai tidak sihat kerana berminyak, berlemak, mengandungi garam berlebihan, penambah perasa dan tinggi kandungan gula.

Amalan pemakanan sedemikian secara berlebihan akan meningkatkan risiko obesiti dan penyakit berkaitan diet seperti diabetes, darah tinggi, jantung malah, kanser yang menjadi punca kepada kadar peningkatan korban dan morbiditi dalam negara.

Berdasarkan kajian persatuan pemakanan Malaysia, kira-kira 64 peratus rakyat Malaysia makan di luar rumah sekurang-kurangnya sekali dalam sehari manakala 12.5 peratus membeli hidangan dari luar seterusnya makan di rumah.

Senario itu dibentuk sejak kanak-kanak lagi dan diamalkan ketika zaman sekolah dengan membeli makanan di kantin, gerai serta restoran.

Secara lumrahnya masak sendiri di rumah setiap hari adalah hampir mustahil terutamanya disebabkan kekangan masa.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna makan di luar merupakan satu bentuk larangan.

Pakar pemakanan dan Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong berkata, pemakanan sihat boleh dipupuk dalam masyarakat sedari kecil walaupun dengan mengamalkan tabiat makan di luar, namun perlu mengikut beberapa garis panduan.

Berikut merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam membuat pemilihan pemakanan sihat ketika makan di luar rumah.

ads-hair-tonic-with-nasir

#1. Variasi makanan seimbang

Makan Di Luar Secara Sihat

Amazon.com

Pemilihan makanan yang pelbagai adalah penting lebih-lebih lagi bagi mendapatkan nutrien lengkap. Tiada satu makanan yang sempurna membekalkan kesemua nutrisi secara optimum kepada anak-anak. Sehubungan dengan itu, pastikan anak-anak mengambil hidangan daripada kelompok makanan yang pelbagai seperti bijiran, sayuran, ikan, daging dan buah-buahan.

#2. Cara penyediaan makanan

Makan Di Luar Secara Sihat

paty’skitchen

Meneliti cara penyediaan masakan sesuatu hidangan ketika makan di luar pasti sukar. Sebolehnya, pilih makanan yang dimasak menggunakan penyediaan yang sihat seperti kukus, rebus, bakar, atau panggang. Antara contoh yang paling mudah ialah menukar pemilihan ikan goreng kepada ikan kukus.

#3. Mulakan sejak kecil

Makan Di Luar Secara Sihat

NGS

Amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makan secara berlebihan, makan lewat malam, makan makanan ringan boleh dielakkan jika penjaga melatih dan mengajar anak-anak sedari kecil. Justeru itu, tidak salah meminta pelayan untuk mengurangkan gula, garam dan lemak dalam masakan.

Ini  membolehkan anak-anak dididik untuk lebih prihatin dan teliti mengenai ramuan masakan ketika membuat pesanan.

ads-gent-grooming

#4. Kongsi makanan

Makan Di Luar Secara Sihat

Time

Kebanyakan restoran akan menghidangkan masakan dalam saiz hidangan dewasa. Dengan berkongsi hidangan itu bersama anak-anak, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan pengambilan kalori buat si manja.

Bahkan, hubungan kekeluargaan dapat terjalin dengan lebih erat.

#5. Jadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut

Makan Di Luar Secara Sihat

Odyssey

Melihat aneka manisan yang disajikan di kebanyakan restoran sebagai pencuci mulut sememangnya mengujakan.

Namun tidak salah memilih buah-buahan segar. Ia bukan sahaja rendah kalori bahkan mempunyai rasa yang enak.

Sumber: Kosmo

BACA: Makanan Sihat Tingkatkan Imunisasi

Join us_New

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *