Mahukan Novel Tentang Bisnes? Ini 4 Novel Bertemakan Bisnes Yang Boleh Anda Baca

Apabila nak mencari buku tentang bisnes, kebanyakan orang biasanya akan mencari buku panduan menjalankan bisnes. Tetapi, jarang-jarang orang mahu mencari buku novel tentang bisnes. Ini mungkin kerana ramai menganggap novel ini hanya berkaitan dengan cerita cinta sahaja. Oleh itu, pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda 4 novel bertemakan bisnes yang boleh anda baca.

novel bertemakan bisnes

Kredit foto: google.books.com

‘How to Get Filthy Rich in Raising Asia’

Novel ini mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang lahir dari celah-celah kemiskinan di Asia Tenggara akhirnya bangkit menjadi seorang usahawan yang berjaya. Novel ini juga menggambarkan tentang betapa pentingnya memiliki cita-cita dan impian agar dapat mempengaruhi diri menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Kredit foto: google.books.com

‘Moby Dick’

Novel ini menggunakan tema kepimpinan di mana ia adalah salah satu daripada ciri-ciri yang penting untuk menjadi seorang usahawan. Novel ini mengisahkan tentang seorang kelasi bernama Ishmael yang menyertai pengembaraan di laut yang dipimpin oleh Kapten Ahab. Ahab adalah seorang kapten yang berkarisma dan memiliki keazaman yang tinggi untuk menangkap seekor paus yang dia gelarkan sebagai ‘Moby Dick’.

Cerita ini juga menunjukkan betapa pentingnya seorang pemimpin perlu mengambil kira cadangan pengikut-pengikutnya sekiranya mahu berjaya dalam apa jua misi.

Baca lagi: 5 Hobi Untuk Anda Nampak Lebih Lelaki

Kredit foto: books.google.com

‘A Hologram for the King’

Dalam era kegawatan Amerika Syarikat, seorang konsultan yang menjalankan perniagaan sendiri, Alan Clay, kemungkinan berdepan masalah muflis dan dalam masa yang sama anaknya terpaksa berhenti belajar di kolej kerana Alan Clay tidak mampu membayar yuran pengajian anaknya.

Novel ini mengisahkan tentang Alan Clay yang berkelana ke Arab Saudi untuk membentangkan satu projek ‘holographic teleconference’ kepada sultan. Dalam novel ini juga turut memaparkan perit getir dalam menjalankan perniagaan di luar negara di samping menunjukkan perasaan seseorang apabila hasil kerjanya tidak lagi dilihat sebagai penting.

Kredit foto: books.google.com

‘Don Quixote’

Don Quixote adalah seorang rakyat dari Sepanyol yang banyak membaca kisah-kisah dongeng berkaitan percintaan dan juga kepahlawanan. Kemudian, Don Quixote telah menggelarkan dirinya sendiri sebagai seorang kesatria dan memulakan pengembaraan untuk menyelamatkan dunia.

Sepanjang kisah di dalam novel ini, anda akan lihat semangat seorang usahawan yang dimiliki oleh Don Quixote yang mahu mengubah masyarakat agar menjadi lebih baik dengan mengemukakan idea-idea yang tidak realistik. Namun begitu, ia bukanlah satu penghalang baginya untuk mencapai kejayaan yang mahu dikecapinya.

Anda ada novel-novel bertemakan bisnes yang mahu dicadangkan? Sila tinggalkan cadangan anda di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: Orang Yang Gemar Membaca Buku Mampu Hidup Lebih Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *