Lukisan Mengagumkan Jun Sakata Dengan Medium Pelepah Pisang

Kreativiti seni memang tiada batasnya. Apa pun boleh dimanfaatkan untuk dijadikan karya seni yang mengagumkan. Itu pula yang dilakukan oleh seniman asal Jepun, Jun Sakata (69).

Ia membuat lukisan-lukisan unik dengan mengeksplorasi pelepah pisang sebagai medium karya terbarunya. Karya seni mengagumkannya ini, Jun mempamerkannya di Galeri Cipta II, Taman Ismail Marzuki, Jakarta, sejak 3 Julai hingga 12 Julai 2017.

Gambar hiasan: Suara

Lelaki berkacamata ini mengakui kebaikan alam memang kerap membuatkannya kagum dan takjub.

Inilah yang membuat Jun ingin mengungkapkan tenaga, serta ilham yang diberikan oleh alam dalam sebuah karya seni melalui lukisan di atas pelepah pisang.

Lantaran karyanya dibuat menggunakan tangan, maka setiap lembarannya memiliki keunikan tersendiri, serta sangat berbeza.

Gambar hiasan: Suara

Sebelum dilukis, pelepah pisang dijadikan seperti bubur hingga kemudian ditekan dan dikeringkan di bawah sinar matahari. Semua proses tersebut dilakukan secara manual dan semulajadi.

Jun Sakata mengakui bukan hanya kesabaran, dirinya juga memerlukan pemahaman sejati dan penghormatan kepada alam semesta.

Gambar hiasan: Suara

Ia yang lama menetap di Bali telah banyak melakukan pameran tunggal baik di Jepun mahupun di Indonesia. Namun ini adalah pameran pertamanya di Jakarta setelah puluhan tahun berkarya di dunia seni.

Baca lagi: Lima Langkah Cermat Untuk Mempercepatkan Charging Telefon Bimbit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *