Louis Vuitton Kerjasama Dengan Supreme Hasilkan Rekaan Musim Sejuk 2017

Hypebeast

Selepas ketua pengarah bahagian kesenian Kim Jones memberikan semua orang gambaran tentang rekaan baju Supreme x Louis Vuitton kolaborasi, minggu fesyen akhirnya membuat kemunculan mereka untuk menampilkan rekaan bagi musim luruh/sejuk 2017 hari ini. Tajuk bagi persembahan minggu fesyen itu “Kawan dan adiwira”, koleksi mereka tahun ini diinspirasikan daripada budaya diversiti New York bermula pada tahun 70,80 hingga awal 90 an. Uptown dan downtown… Artis, ahli muzik, rakan, adiwira,” Ujar Jones.

Bekerja bersama Supreme buat pertama kali – ini merupakan pencapaian dalam sejarah di mana sebuah jenama yang bermula dari pasaran papan luncur di jalan Lafayette di New York pada tahun 1994 – LV kini telah bekerja sama dengan jenama Box logo terkenal Monogram.

Kombinasi ini boleh dikatan oleh Louis Vuitton, ”  antara Pakaian jalanan yang paling berjaya di New York dan Luois Vuitton citarasa Perancis.”

Walaupun kolaborasi bersama Supreme merupakan kejutan bagi penggemar fesyen underground, LV turut memberitahu perasaan mereka buat pertama kalinya. Banyak juga pakar pembuat kain dan juga pakar textile melihat kombinasi kulit dan juga canvas monogram ini seperti unik.

Anda juga boleh melihat sendiri rekaan yang ada termasuk, denim, baju tidur, jaket, kot, t-shirt, sneakers, beg, aksesori dan banyak lagi.

Komen di bawah jika anda seorang peminat fesyen Supreme dan juga Louis Vuitton ini!

Sumber:Hypebest

BACA: Adakah Dibenarkan Lelaki Memakai Baju Wanita?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *