“Life”, Keganasan Dan Ancaman Dari Planet Mars

Rasa ingin tahu manusia terhadap Planet Mars nampaknya belum cukup dipuaskan walaupun melalui pelbagai ekspedisi perjalanan ke luar angkasa secara sudut perspektif ilmiah. Film arahan sutradara Daniel Espinosa menawarkan sudut pandangan berbeza terhadap planet harapan manusia yang sedang diteliti, iaitu Mars.

Enam orang angkasawan dikirim untuk mencari jawapan atas penemuan sampel kehidupan di planet merah tersebut. Enam angkasawan tersebut adalah David Jordan (Jake Gyllenhaal), Miranda North (Rebecca Ferguson), Rory Adams (Ryan Renolds), Sho Kendo (Hiroyuki Sanada), Hugh Derry (Ariyon Bakare), dan Katerina Golovkin (Olga Dihovichnaya).

Gambar hiasan: IMDB

Premis cerita ini tidak jauh beza dengan film Alien (1979) arahan Ridley Scott. Premisnya adalah angkasawan yang melakukan ekspedisi ke luar angkasa, kemudian menemukan kehidupan. Namun, sebaliknya ia menjadi ancaman bagi kehidupan manusia.

Pada awalnya enam angkasawan tersebut hanya ingin mengambil kapsul yang sudah berhasil mengambil sampel tanah di Mars. Memang benar, mereka berjaya mengambil kapsul berisi tanah tersebut dan memang terbukti dengan wujudnya kehidupan di Mars, berupa mikroorganisme.

Gambar hiasan: Film Games

Tidak seperti filem angkasawan lainnya, “Life” menampilkan angkasawan dengan kemampuan yang berbeza secara individual. Tidak semua angkasawan mampu menjadi mekanik perisian luar angkasa kerana diceritakan bahawa setiap angkasawan memiliki peranan masing-masing, seperti juruteknik, kapten pesawat, doktor, dan ilmuwan.

Bahkan, beberapa adegan menampilkan kelemahan manusia dalam menghadapi tekanan psikologi atau panik memunculkan reaksi yang berbeza sesuai dengan ilmu dan pengalaman yang dimilikinya. Sayangnya filem ini kurang mengeksplorasi dengan lebih dalam, kerana banyak penjelasan yang masih membuat penonton tertanya-tanya.

Gambar hiasan: EW

Beberapa adegan cerita bagaikan terlalu terburu-buru untuk dihabiskan, seperti twist dan logik pengeluaran belanja yang besar dalam misi tersebut demi mengambil sampel tanah yang tujuannya belum diketahui, bahkan ancaman awal juga sudah dijangka dengan adanya protokol jika ada spesies yang mampu mengancam kehidupan angkasawan.

Secara keseluruhan, bagi para penggemar fiksyen ilmiah dan seram makhluk asing, “Life” dapat memberikan gambaran baru terhadap ancaman yang selalu boleh didekatkan dengan ilmu ilmiah sepanjang filem. Setidaknya, penghujung filem ini cukup berbeza dengan sajian filem fiksyen ilmiah makhluk asing yang lainnya.

Baca lagi: 5 Aktor Yang Membawa Kejayaan Yang Besar Untuk Negara Masing-Masing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *