Lesen Memandu Malaysia Diterima di Qatar

Rakyat Malaysia yang tinggal di Qatar akhirnya menerima perkhabaran gembira apabila lesen memandu Malaysia diterima pakai di Qatar.

Kredit : Bernama

Keluhan rakyat Malaysia mengenai isu lesen memandu ini disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani.

Sebelum ini, walaupun mempunyai lesen memandu di Malaysia, rakyat Malaysia yang menetap di sana terpaksa mengikuti latihan dan menjalani ujian memandu. Ini adalah kerana pemanduan kenderaan di Qatar menggunakan sisi sebelah kiri. Kegusaran ini disuarakan dalam pertemuan Timbalan Perdana Menteri Malaysia bersama Perdana Menteri Qatar.

Kredit : Qatar Airways

Hubungan baik antara Malaysia dan Qatar menyebabkan permintaan ini mudah diluluskan tanpa melalui urusan surat-menyurat yang rasmi atau melalui perjanjian persefahaman.


Baca lagi : Honda Malaysia Tarik Balik 25 000 Kereta Ganti Pam Udara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *