Lelaki Yang Bersenam Di Gimnasium Berlebihan Boleh Lemah Di Ranjang?

Latihan fizikal yang dilakukan di pusat kecergasan seperti sudah menjadi suatu trend semenjak akhir-akhir ini. Kesedaran untuk menjalani hidup dengan lebih sihat seringkali menjadi antara alasan yang sering digunakan oleh kebanyakan lelaki untuk sering mengunjungi gimnasium.

Tapi sebaiknya anda tidak boleh terlalu berlebihan dalam menjalani aktiviti fizikal terutamanya dalam soal senaman, kerana menurut kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina di Chapel Hill, AS, lelaki yang sering berlatih di gimnasium cenderung untuk lemah saat beraksi di ranjang.

Gambar hiasan: Fit Wrr

Penelitian ini turut menyebutkan, lelaki yang berlatih dengan terlalu keras memiliki libido yang jauh lebih rendah daripada mereka yang melakukan senaman dengan tahap yang agak rendah.

Rupanya masalah terletak pada fakta bahawa berlatih di gimnasium boleh membuatkan kaum lelaki berasa penat ketika ingin berhubungan seks. Nampaknya ada juga keburukan jika anda terlalu obses dengan aktiviti fizikal di pusat kecergasan.

Gambar hiasan: Clickhole

Pemimpin peneliti Anthony Hackney, seorang profesor fisiologi, senaman dan gizi menyimpulkan bahawa kepada mereka yang menjalani aktiviti fizikal secara normal akan memiliki kadar libido yang jauh lebih tinggi.

Anda dicadangkan untuk menjalani aktiviti kecergasan secara normal dan biasa kerana jika ia dilakukan secara berlebihan ia boleh membuatkan anda hilang banyak tenaga yang seterusnya mempengaruhi libido anda.

Gambar hiasan: The Georgia Straight

“Senaman yang terlalu berat dengan durasi yang berlebihan secara jelas boleh menyebabkan penurunan kepada kadar libido lelaki,” menurut Hackney.

Jadi, lakukan aktiviti fizikal anda secara seimbang agar anda mampu untuk memiliki kehidupan seks yang tetap memuaskan.

Baca lagi: Kajian – Lelaki Terlalu Meremehkan Ghairah Seks Kekasih Mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *